Salutasi

Isnin, 28 Februari 2011

Diari Sosiolinguistik

24 Febuari 2011
Situasi: Gagap dan Cara Mengatasinya

 Di suatu petang ketika saya tengah berehat di rumah:

 "Eh,...sa..sa...sa...saya tak buat perkara itu"! kata adik.
"Jangan tipu, kalau awak tak buat, kenapa tergagap bila cakap?" marah mak.
"Betul lah mak, saya gagap sebab takut mak marah-marah" jelas adik.
"Yelah tu". Mak hanya mengiakan kata-kata adik yang sememangnya suka menjawab.


Sering kali kita akan tergagap ketika berkomunikasi walau sebenarnya kita bukan dalam kalangan orang yang mengalami masalah gagap. Ada dua jenis situasi gagap, iaitu situasi pertama ialah gagap yang terjadi secara alami, iaitu terjadi secara semula jadi yang gagap sejak dari kecil manakala situasi kedua ialah gagap yang terjadi secara tidak sengaja, iaitu yang tidak disedari oleh pengucap ketika berkomunikasi. Namun, situasi gagap yang kedua jarang-jarang berlaku. di sini saya ada terbaca satu artikel di sebuah blog tentang cara mengatasi gagap yang secara alami.


http://promote5.blogspirit.com/archive/2006/04/13/jika-anda-gagap.html

13/04/2006

Jika anda gagap  

JIKA anda gagap, anda tidak berseorangan dalam menghadapi masalah ini. Terdapat seramai kira-kira 1 juta penduduk gagap di Amerika, yang terpaksa bersusah payah untuk mengeluarkan perkataan.
Kami akan terangkan dua cara yang boleh menolong anda mengatasi masalah gagap. Cara yang pertama ialah oleh Dr. Natthan Azrin, dari Universiti Illinois Selatan dan Dr. R. Gregory Nunn dari Klinik Chicago untuk tabiat. Cara yang kedua telah disediakan oleh Dr. Wendell Johnson, seorang bekas profesor di Universiti State Iowa. Kedua-dua teknik ini memusatkah aspek-aspek yang berlainan dalam proses gagap dan kedua-duanya mempunyai hubungan di antara satu sama lain.

Teknik kejiwaan untuk gagap oleh Dr. Azrin dan Dr. Nunn

1. Ada dua cara untuk mengatasi gagap: satu, ialah dengan cara melapangkan fikiran dan kedua ialah dengan mengawal pernafasan. Kedua-dua cara ini mesti digunakan apabila anda berada di dalam keadaan akan bercakap gagap.
2. Melapangkan fikiran. Tekanan menjadi punca utama, oleh itu adalah penting jika fikiran anda sentiasa lapang pada sepanjang hari. Tumpukan perhatian yang lebih untuk mengurangkan ketegangan otot-otot kerongkong, leher, bahu dan abdomen.
3. Mengawal pernafasan. Sentiasa amalkan menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan serta dalam melalui mulut anda. Apabila anda fikir anda hendak bercakap, selalu mulakan selepas anda melepaskan nafas.
4. Berlatih di rumah dengan membaca satu perenggan bacaan dengan kuat dengan menggunakan cara: Ketika melepaskan nafas, sebut satu perkataan selepas setiap pusingan pernafasan. Selepas itu; sebut dua perkataan pula bagi setiap pusingan pernafasan, kemudian tiga, dan seterusnya, sehingga anda boleh menyebut ayat yang mengandungi lima atau enam perkataan dalam setiap pusingan pernafasan.
5. Jika anda menjadi gagap se-mula, terus berhenti membaca ayat pertama dan mula membaca barisan ayat yang seterusnya. Matlamat anda ialah untuk membaca sebaris ayat kuat-kuat tanpa gagap. Jika tarikan nafas yang dalam membuatkan anda mengantuk, berhenti seketika, dan mulakan sekali lagi.
6. Apabila anda di luar rumah dan bersedia untuk bercakap, jangan terburu-buru. Cuba fikir dahulu apa yang anda ingin cakapkan.
7. Kemudian tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan kira-kira sepertiga dari udara yang anda tarik tadi.
8. Mula bercakap dan teruskan ketika melepaskan nafas — bukan menarik nafas
9. Cuba bercakap dengan ayat-ayat yang pendek sahaja. Jika anda tergopoh-gapah, beritahu diri anda, "perlahan-lahan," dan "Cuba bertenang."
10. Jauhkan dari bercakap dengan suara yang mendatar sahaja. Oleh itu jika anda menyebut ayat ini dalam suara mendatar, "Bila-kah bas akan sampai?", cuba sebut pula ayat itu dalam nada yang' tinggi rendah.
11. Kalau boleh, gunakan ayat yang biasa ketika bercakap. Contohnya, anda boleh berkata begini:
Apabila, saya sampai di rumah (berhenti) saya dapati telefon sedang bordering (berhenti). Ketika saya menjawab panggilan telefon itu (berhenti) ianya adalah Mary Lewis (berhenti). Dia ingin meminta (berhenti) resepi kek span saya.
12. Jika anda tergagap, berhenti segera, tarik nafas dan lepaskan kira-kira sepertiga udara dan mula bercakap kembali.
Catatan: Selalu amalkan cara menarik nafas dengan dalam serta bercakap ketika melepaskan nafas apabila anda rasa anda akan gagap. Ini bermakna, menarik nafas perlahan-lahan, kemudian melepaskan kira-kira sepertiga daripadanya dengan lambat sebelum anda bercakap, adalah penting.

Teknik kejiwaan untuk gagap oleh Dr. Wendell Johnsorr.

1. Bersihkan fikiran anda. Jangan fikirkan yang diri anda adalah lemah. Tumpukan perhatian pada masa-masa apabila perkataan yang anda sebut itu betui dan normal.
2. Selalu membaca dengan kuat dan seberapa cepat ketika anda berseorangan, atau dengan sesiapa yang ingin mendengar anda bercakap.
3. Pasangkan telinga kepada penceramah-penceramah di majlis syarahan atau di televisyen. Cuba gabungkan diri anda dengan mereka ketika mereka bercakap dan cuba tiru cara percakapan mereka.
4. Baca dengan kuat secara berlagu dengan seseorang. Jika anda membuat kesalahan, berhenti dan mulakan sekali lagi.
5. Dan apabila anda bersendirian, baca dengan kuat dan cepat seberapa yang anda boleh dan kemudian perintahkan diri anda supaya memperlahankan suara.
6. Kaji kesilapan anda. Apabila anda gagap, cuba kaji apa yang menjadi puncanya. Adakah fikiran anda terganggu? Adakah anda merasakan bahawa orang yang mendengar cakap anda itu akan marah, bosan dan tidak sabar-sabar? Adakah anda sedih?
7. Banyakan lagi bercakap. Ini bukanlah bertujuan untuk menjadi-kan diri anda tidak disukai oleh orang lain, tetapi inilah yang mesti anda lakukan, seperti yang dinasihatkan oleh Profesor Johnson, "selalu ingat bahawa anda tidak patut mengelakkan percakapan yaog sepatutnya dalam kehidupan sehari-hari, anda patut bercakap lebih lagi dan jangan cuba menarik diri”.
16:55 Posted in KESIHATAN 1 | Permalink | Email this



KOMEN:
Janganlah rasa malu jika kita seorang yang gagap. Gagap boleh diatasi cuma mengambil masa yang lama untuk memperbaikinya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan