Salutasi

Rabu, 23 Februari 2011

Diari Sosiolinguistik

Situasi: Indahnya dialek-dialek di Malaysia.

Terdapat banyak dialek di Malaysia yang unik dan dialek-dialek ini membezakan penggunanya dari bahagian negeri yang mana satu di Malaysia. Misalnya:

Dialek Johor-Riau

Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh:



Saya - disebut sayě

Apa – disebut Apě

Berapa – disebut Berapě



Bagaimanapun akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal :



Anda – disebut anda

Merdeka - disebut Merdeka



bunyi akhiran ‘r’ tergugur pada kata-kata seperti berikut:



Besar - disebut Besa (dengan sebutan a yang betul)

lebar - disebut Leba (dengan sebutan a yang betul)

sabar - disebut Saba (dengan sebutan a yang betul)



Bunyi ‘o’ diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur”



Tidur – disebut Tido

Telur – disebut Telo



Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut:



Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě)

Pergi - disebut Pegi

Berjalan - disebut Bejalan



Bagaimanapun terdapat viarasi kecil di dalam dialek ini mengikut kawaan-kawasan tertentu.



Variasi tersebut dapat dilihat dibawah:



Ejaan Standard Johor-Riau Johor Pesisir Barat & Utara Melaka

Besar= Besa Beso Besau

Lebar= Leba Lebo Lebau

Sabar= Saba Sabo Sabau

Langgar = langga Langgo Langgau

Tukar= Tuka Tuko Tukau



Dialek Negeri Sembilan

Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera. (contohnya tidak disertakan disini)



Dialek Perak

Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)

Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti contoh berikut:



Ejaan Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak Tengah

Saya =Sayě Sayěě Saye

Apa =Apě Apěě Ape

Berapa =Berapě Berapěě Berape



Nota: Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘ě’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’



Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah: (sekadar beberapa contoh)



BM Malaysia- Perak Selatan- Perak Tengah:

Kamu - Koměě- Kome

Kota -Kotěě - Kote



Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara)

Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku.



Ejaan Standard Dialek Utara

Saya= Saya (mengikut sebutan baku)

Dia= Dia (mengikut sebutan baku)

Mana= Mana (mengikut sebutan baku)



Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:



Ejaan Standard Dialek Utara

Bergetar Bergetaq

Ular Ulaq

Telur Teloq



Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’



Ejaan Standard Dialek Utara

Pasir= Pasiaq

Baligh= Baliaq



Pengguguran huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh:



Ejaan Standard- Dialek Utara:

Kambing - Kambin

Kuning - Kunin

Anjing -Anjin



Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh):



BM Standard -Dialek Utara:

Awak- Kamu Hang

Mereka (bunyi ě)- Depa (sebutan baku)

Sekejap -Sat

Kenapa (bunyi ě)- Awat

Pergi - Pie

Kelapa (bunyi ě)- Nyoq



Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah:



Dialek Utara Dialek Utara (Perlis):

Kasut -Kasuit

Pulut -Puluit



Dialek Kelantan (kecek kelate)

Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan daripada dialek-dialek Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ (sama dengan bunyi e dalam kata Beca)



Ejaan Standard -Dialek Kelantan:

Kawan -Kawe

Bulan -Bule

Terang -Teghe

Tenang -Tene

Bukan -Buke

Tangan -Tange



Huruf ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’



Ejaan Standard -Dialek Kelantan:

Apa -Gapo

Hamba- Ambo

Mana- Mano



Perbezaan kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard



Ejaan Standard -Dialek Kelantan:

Satu (dua, tiga empat…) - Se (dua, tiga empat…)

Saya Kawe - ambo

Awak /-Kamu Demo

Bagaimana -Guano

Cakap - Kecek

Duit - Pitih

Gaduh - Gocho

Juara - Jogho

Kelapa -Nyo

Kawan -sahabat Saing



Dialek Terengganu

Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan. Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’. Contoh:



Ejaan Standard -Dialek Terengganu:

Makan -Makang

Ikan -Ikang

Bukan- Bukang

Badan -Badang

Pun -Pung

Zapin- Zaping

Kemaman (nama daerah)- Kemamang

Jalan -Jalang

Hujan -Hujang



Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)



Ejaan Standard - Dialek Terengganu -Dialek Kelantan:

Apa- Apěě - Gapo

Mana -Maněě -Mano

Ada -Aděě -Ado



Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :



Ejaan Standard -Dialek Terengganu:

Jumpa- Jupěě

Sampai- Sapaa



Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut:



BM Standard- Dialek Terengganu:

Duit - Piti

Selalu- Sokmo



(ada diantaranya sama dalam dialek Kelantan)



Dialek Pahang

Gaya penuturan sama seperti penutur dialek Kelantan dan Terengganu. Tetapi berbeza sedikit dari segi sebutan. Tidak banyak info yang diperolehi tentang dialek ini kerana penuturnya lebih cenderong menggunakan dialek Johor-Riau (Pahang di satu masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan Johor-Riau-Lingga)



Dialek Sarawak

Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunai, bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan di dalam dialek Melayu Sarawak



BM Standard- Dialek Sarawak:

Saya- Kamek

Awak -kamu Kitak

Dia -Nya

Tidak -Sik

Jangan -Sikboh

Ini- Itok

Sini -Sitok

Itu -Ya

Situ -Siya

Sana- Sinun

Mana -Ne

Dimana -Sine

Cakap- Madah

Orang -Sidak

Cantik -Kacak

Sombong -lawa

Lama- Lamak

Jumpa -Temu

Kucing Pusak - pusa

Anjing - Asok

Ayam -Manok

Ya - Auk


Ada banyak lagi perkataan dalam dialek Sarawak yang sangat berbeza dengan dialek-dialek Melayu di Semenanjung. (Tetapi ada juga yang sama).



Dialek Sabah

Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung berbanding bahasa Sarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah. Keadaan ini menyebabkan bahasa suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka menggunakan sebutan baku yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Di samping itu, terdapat juga kata pinjaman daripada bahasa suku kaum di negeri itu. Bagaimanapun data yang tersedia masih minium.



KOMEN:
Biarpun banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi muda kini semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibu mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat dengan ketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan