Salutasi

Isnin, 31 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik

31 Jan 2011
Situasi: Variasi Bahasa Warna Bahasa dalam Kehidupan.

Terdapat pelbagai variasi bahasa yang digunakan oleh pengguna natif bahasa Melayu terutamanya dalam kehidupan seharian. Penggunaan variasi ini kadang-kala  tidak disedari oleh penggunanya kerana boleh berlaku secara langsung atau spontan pada sesuatu masa, tempat dan kadang-kala mengikut konteks perbualan yang dibincangkan.

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.
Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Dialek Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.
Idiolek Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.
Dialek sosial Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.
Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:



Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.
Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal
Ragam Bahasa Bebas Bahasa Terkawal
Ayat yang tidak gramatis. Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.
Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.
Ayat yang gramatis Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.
Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.


Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Mesra Ragam Bahasa Formal
Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya. Ciri-ciri lain:
a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap
 

Bahasa Slanga

Bahasa tidak rasmi, tidak baku.
Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.
Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

Bahasa Basahan

Juga disebut sebagai bahasa kolokial.
Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.
Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.
Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:
(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa
Bahasa Baku Bahasa Basahan
mengapa kenapa
bagaimana macam mana
sedang tengah
(b) bentuk kependekan
Bahasa Baku Bahasa Basahan
hendak nak
tidak tak
sudah dah
                                                                   
(c) perubahan bunyi
Bahasa Baku Bahasa Basahan
ambil ambik
kecil kecik
pula pulak
 
Bahasa Pasar

Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu
Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.
Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.
Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).
Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.
Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

Bahasa Halus

Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.
Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.
Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.
Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.
Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.
Berikut diturunkan beberapa contoh:
Bahasa Basahan Bahasa Halus
kencing Buang air kecil
berak Buang air besar
mengandung/bunting Berbadan dua
kubur makam

Bahasa Kasar

Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.
Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.
Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.

Dialek

Variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.
Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.
Dialek berbeza dari segi:
a. Sebutan
Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
b Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.
c. Tatabahasa
Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.
perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).
(d) Kosa kata
Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)
(e) kata ganti diri
Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)
Hang (dialek utara bermaksud kamu)

Jumaat, 28 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik

Situasi: Harus diketahui oleh semua pengguna siber.



Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

Dihantar pada 7 Febuari, 2011 

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.
Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.
Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.
Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak, katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.
Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.
Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong, katanya.
Sumber : Harian Metro






Komen:

Pada mulanya, sebelum membaca konten berita ini saya rasa sedikit ragu-ragu, namun setelah membaca kontenya baharulah saya memahami penjelasan tajuk berita ini. Sebagai pennguna siber terutamanya yang menngunakan talian sembang tidak akan terlepas daripada perkara ini iaitu, mereka semestinya memasuki talian tersebut untuk mengenali lebih ramai kawan terutamanya yang berlainan jantina. Hal ini tidak dinafikan berlaku kepada semua lapisan masyarakat dan di setiap peringkat usia sama ada remaja mahupun yang sudah lanjut usia, dan yang belum berkahwin mahu pun yang sudah berkahwin. 
Oleh itu, kita sebagai Muslim harus tahu batas-batas perkenalan dengan sesiapa juga kerana ia mungkin boleh membawa kesan positif atau negatif dalam diri kita. Sekiranya dalam diri tiada sifat berhati-hari maka akan terjadilah masalah atau isu keretakan rumahtangga. Hal ini tidak mustahil terjadi kerana kebanyakkannya yang kita baca di dada-dada akbhbar menyatakan ada kes tertipu akibat termakan rayuan kenalan dalam alam siber sehingga ada yang sanggup meyerahkan wang ringgit dan ada juga yang lebih parah lagi sanggup menyerahkan tubuh badan. Suami atau isteri yang curang akibat berkenalan dengan kenalan siber turut berlaku sehingga menyebabkan kes rumahtannga menjadi semakin parah dalam negara kita. Tamsilnya, terjadilah kes penceraian, penderaan mental dan fizikal, dan mungkin juga pembuangan anak.
Saya bersetuju dengan penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, yang mengatakan , "Mereka yang menggunakan kemudahan internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalahgunakan teknologi untuk tujuan terpesong."
Oleh yang demikian, sebagai pengguna siber Muslim, kita harus tahu dan mengamalkan batas-batas syariat sebagai Muslim sama ada di alam nyata mahu pun di alam maya iaitu, alam siber agar kita menjadi pengguna siber yang sentiasa beretika dan bermodal insan tinggi.

Khamis, 27 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik

http://berita-harian-online.com/bantu-kembali-ke-pangkal-jalan/
Situasi: Sudah mendapat Hidayah.

Bantu kembali ke pangkal jalan

Dihantar pada 9 Disember 2010 

KUALA LUMPUR: Ada sedikit perubahan pada Suzie berbanding hari pertama dia di rumah ini, dulu berpakaian seksi, tetapi kini memakai pakaian muslimah, kata pengasas Kem Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, 45, mengenai perubahan Suzie.
Beliau berkata, bukan mudah mengubah seseorang yang sudah 17 tahun bergelumang maksiat hingga kini mengandung anak luar nikah, namun pihaknya kini sedaya upaya memulih akidah dan rohani Suzie supaya menjadi wanita solehah.
Kami cuba membantunya kembali ke pangkal jalan walaupun tugas ini sukar memandangkan pekerjaan Suzie sebelum ini, katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, pihaknya memerlukan tempoh masa lama untuk memberi pemahaman mengenai Islam dan adat Melayu kepadanya.
Suzie datang daripada keluarga yang agak pincang, namun Alhamdulillah di sebalik kerjayanya sebagai seorang pelayan pelanggan (GRO), dia masih mampu mengucap kalimah syahadah dengan lancar dan tahu asas Islam, katanya.
Menurut Yahya, dalam tempoh tiga minggu Suzie ditempatkan di rumah ini (Kewaja), agak sukar juga pada mulanya untuk mendidik Suzie memandangkan dia wanita yang agak keras kepala dan sukar untuk diajar.
Namun, ini mungkin ujian Tuhan untuk kami suami isteri kerana sudah lali dengan masalah remaja yang kuat memberontak.
Mungkin Tuhan masih sayangkan Suzie maka dia dilorongkan ke rumah ini untuk berubah dan tidak mustahil anaknya yang bakal lahir menjadi insan berguna pada agama dan negara, katanya.
Sumber : Harian Metro

KOMEN: 
Saya rasa amat terharu dan berbangga kerana masih ada lagi segelintir masyarakat yang ambil peduli dengan masalah moral dalam masyarakat yang sememangnya semakin meruncing. Rasa amat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan hidayah kepada Suzie sehingga membuatkan dia berubah menjadi insan yang solehah. Hidayah Allah tidak dapat diperolehi dengan mudah dan hanya insan-insan tetentu sahaja yang Allah kurniakan atas kuasanya yang Maha Esa. Jadi, amat beruntunglah kepada sesiapa yang mendapat hidayah Allah kerana melalui hidayah hamba-Nya akan berubah menjadi yang lebih baik. Hal ini juga bermakna, Allah Yang Esa juga masih menyayangi dan masih mahu memberi peluang kepada hamba-Nya untuk melakukan perubahan dan seterusnya mengakui  Penciptanya sebagai Allah Maha Esa.

Rabu, 26 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik




 
 Sumber: http://berita-harian-online.com/gempar-aksi-panas-2-beradik/
 Situasi: Keruntuhan moral semakin menjadi-jadi.


Duhai Diariku.


Gempar aksi panas 2 beradik  
Dihantar pada 16 Disember, 2010 
Berita, Sosial, Tempatan. 




MEMALUKAN...aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit. MEMALUKAN…aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit.  



BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.  Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.  Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.  Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.  Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.  Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini, katanya, semalam.  Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.  Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.  Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa, katanya.  Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi wabak yang sukar dikawal.  

Sumber : Harian Metro


KOMEN:

Inilah yang terjadi pada generasi bangsa kita sekarang. Kita harus menerima hakikat bahawa gejala sosial semakin meruncing dan sukar dibendung lagi. Sebagai bakal guru, adakah kita sudah bersiap-siaga untuk menjadi seorang pendidik? Sekiranya hal ini berlaku pada anak didik kita sendiri,apakah kita sudah bersedia menangani dan mengatasi masalah ini secara sendiri?
Dalam konteks ini, sebagai manusia biasa, kita memang tidak akan terlepas daripada pengaruh hawa nafsu. Namun, ada jalan atau cara lain yang boleh membendung  hawa nafsu itu daripada terus mengawal diri sendiri.
Antaranya, didikan agama dan pendidikan nilai murni diserapkan dan sentiasa dipahatkan daripada peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa sama ada secara formal atau tidak formal. Hal ini penting bagi membentuk peribadi yang murni sebagai asas pegangan dalam hidup. Selain itu, kawalan atau pantauan daripada penjaga atau ahli keluarga terhadap aktiviti anak-anak sama ada di rumah atau di luar rumah. Hal ini juga penting bagi penjaga atau ibu bapa mengetahui setiap gerak geri anak-anak mereka agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif seperti ini berulang lagi. Begitu juga, kurangkan pengaruh anak-anak terhadap permainan media massa seperti internet, 3G di telefon tangan, atau kurangkan pengaruh hiburan yang melampau melalui rancangan televisyen. Hal ini harus ditekankan oleh semua pihak sebagai pemangkin pembentuk peribadi anak-anak supaya tidak terlalu terikut-ikut akan budaya sekular yang sentiasa mempengaruhi golongan remaja mahupun kanak-kanak.

Selasa, 25 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik


Kafeteria Bangunan Bitara, Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Situasi: Cerita 'kedai kopi' tentang antara pemandu bas UPSI dan pemandu lori.



                  
Diariku,
Sikap peremuan memang tidak lari daripada bergosip. tidak terkecuali aku dan rakan-rakanku yang lain. Cerita 'kedai kopi' kami ini mengisahkan tentang dua orang pemandu, seorang pemandu bas dan seorang pemandu lori.  Cerita ini aku hanya dengar sahaja dari perbualan rakan-rakanku yang duduh semeja makan denganku semasa waktu senggang mahu ke kuliah yang seterusnya. Mereka sibuk menceritakan peristiwa yang mereka alami ketika dalam bas yang kami naiki mahu ke kampus tadi. Ceritanya begini, ketika bas UPSI yang kami naiki mahu membelok di suatu simpang di hadapan Pintu Timur, UPSI, ada sebuah lori  yang menghalang laluan bas yang kami naiki membuatkan pemandu bas terpaksa berhenti seketika, apalagi pemandu bas UPSI pun menekan-nekan hon bas beberapa kali sebagai memberi makna kepada empunya lori mengalihkan lori tersebut. tidak lama kemudian, datanglah seorang warga Melayu mengalihkan lorinya. Namun, ada satu perkara yang menjadi kejutan, pemandu bas tadi tiba-tiba membuat isyarat gila kepada pemandu lori tersebut dan ini membuatkan pemandu lori itu naik darah. Pemandu lori itu turut memaki-hamun pemandu bas tadi dan terus memandu pergi bersama lorinya. 
Siapakah yang bersalah dalam situasi ini?Pemandu bas atau pemandu lori itu?
Setelah kami siap makan, kami meneruskan destinasi mahu ke kuliah seterusnya pula.

KOMEN: 
Siapakah yang bersalah dalam hal ini?Bagi saya kedua-duanya pun salah. Pemandu bas tersebut tidak seharusnya membuat isyarat begitu kepada pemandu bas tersebut dan pemandu lori tidak sepatutnya menghalang laluan bas kerana ia memang tempat laluan bas dan dia tidak sepatutnya meletakkan kenderaannya di situ. Sebagai pemandu bas dia wajar menegur pemandu lori  itu secara berhemah dan sebagai pemandu lori itu juga seharusnya menyedari kesalahannya meletakkan kenderaan di laluan yang tidak sepatutnya. Harap kedua-duanya boleh menjadi pemandu yang berhemah.

Isnin, 24 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik

Lebuh raya Senawang menghala ke Tanjung Malim
Situasi: Kesesakan lalu lintas mencabar sikap manusia.


Diariku,
Di sini aku mahu menceritakan kepadamu tentang perkara yang berlaku pada hari Ahad semalam yang mana berlaku satu kesesakan yang amat teruk di lebuh raya Senawang. Aku menaiki kereta yang dipandu oleh suamiku untuk menghantarku pulang ke Tanjung Malim menyambung kembali masa-masa kuliahku yang telah ku tinggalkan selama seminggu kerana cuti Raya Cina. Di dalam menempuh dan mengharungi kesesakan lalu lintas ini, aku mengingatkan kepada suamiku agar sentiasa bersabar dan memandu dengan berkhemah mengikut undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.Namun, di celah-celah kesibukan itu ada juga pemandu yang kurang sabar dan mengikut 'undang-undang' mereka sendiri.  Di kala pemandu-pemandu lain menunggu giliran dalam barisan masing-masing yang amat panjang dan sesak, ada pemendu-pemandu lain dari arah barisan yang sebelah kiri memotong jalan, mereka mengambil jalan mudah dengan mengambil ruang di bahu jalan sebelah kiri bagi memotong kenderaan pemandu-pemandu lain. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Di hujung jalan bahu jalan itu juga ada beberapa pegawai trafik yang sedang menunggu 'mangsanya' dengan menaiki dua motorsikal dan sebuah kereta. Apalagi, pemandu kenderaan yang mana  tidak sempat memotong jalan ditahan oleh mereka. Sudahlah  terperangkap dalam kesesakan,  denda saman trafik sebanyak RM 300 pula melayang dari tangan. Aku dan suamiku berasa lega dan bernasib baik mengikut peraturan jalan raya yang ditetapkan walaupun dalam kesesakan. Alhamdulillah, akhirnya selepas melepasi lebuh raya Senawang, lebuh raya berjalan lancar dan kami selamat tiba di Tanjung Malim walaupun sudah jam 10 malam.



KOMEN:
Setiap manusia mempunyai ragam dan sikap yang berbeza. Lain orang lainlah ragamnya. Namun, kita sebagai manusia yang bertamadun haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang negara yang telah ditetapkan misalnya peraturan di jalan raya. Selain itu, sebagai pemandu, sikap sabar juga paling penting. Situasi tadi menyedarkan kita bahawa, apa salahnya bersabar sedikit ketika memandu walaupun dalam situasi kesesakan kerana sebagai pemandu kita harus tahu yang pemendu-pemandu lain juga mahu sampai ke destinasi yang di tuju dengan cepat sama juga seperti kita. Sekiranya kita sama-sama bersabar dan mengikut peraturan, maka tiadalah kes saman trafik berlaku. Ingatlah, jalan itu lurus dan bukan untuk kita seorang sahaja.

Jumaat, 21 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik..

Situasi: Kafeteria Kolej Harun Aminurrashid..



 Mengawal kemarahan dengan bahasa yang baik


Hal ini mungkin akan terjadi kepada sesiapa yang mendiami Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Namun, hanya sedikit tingkah-laku yang ingin dititipkan di sini. Situasi ini terjadi ketika saya mahu membeli makanan tengah hari di kafeteria KHAR pada jam 11.40 pagi.


Pada mulanya, kakiku rasa berat mahu melangkah menuruni tangga-tangga kecil di kolej kediamanku di KHAR, walaupun aku hanya tinggal di aras 4. Namun, disebabkan perutku yang berkeroncong kuat bak menyanyikan lagu zapin, ku turutkan juga bentak perutku yang perlu diisi meminta makanan. Aku dengan hanya berpakaian ala kadar mengenakan baju 't-shirt' putih dan seluar 'track' hitam serta bertudung selendang menuruni tangga dengan mengelek dompet di tangan menuju ke destinasi perutku.

Sesampainya di sana:
"Masya-Allah, ramainya makhluk ciptaan Allah,penghuni  KHAR yang mahu membeli juadah tengah hari ketika ini! ", kata hatiku sendiri.
Ketika aku sampai, sudah ramai yang beratur mahu membuat pembayaran makanan yang telah dipilih oleh mereka di kaunter pembayaran. 
Ketika aku sibuk memilih lauk untuk juadah tengah hariku, aku terdengar seorang pelajar yang sudah berada di hadapan kaunter pembayaran berkata seperti ini,

"Eh mak cik, kenapa lauk hari ini lauk ayam saja? Dah tak ada lauk lain?Kalau hari-hari makan lauk ayam saja boleh gemuk kami macam ini!", katanya kepada seorang perempuan yang agak tua di kaunter pembayaran. Suaranya agak kuat sehingga aku yang berada di belakang barisan boleh mendengar suaranya dengan jelas. Lagi pula, nada suaranya seperti marah bercampur sinis. Perempuan tua itu hanya menghadiahkan senyuman kepadanya. pelajar itu terus berlalu pergi setelah selesai membuat pembayaran di kaunter tersebut. Mungkin perempuan tua  itu rasa malu atau sekadar bersabar tidak mahu mempedulikan kata-kata pelajar itu tadi. Baru aku teringat yang aku seperti mengenali pelajar tersebut, dia merupakan pelajar yang mengikuti program  TESL(Teaching English As A Second Language). Aku meneruskan perjuanganku membeli makanan dan seterusnya membuat pembayaran di kaunter. 


komen:

Pada pendapat saya, tidak sewajarnya pelajar tersebut mengeluarkan kata-kata sedemikian kerana sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama haruslah mempunyai  nilai sopan santun atau pun budi bahasa yang tinggi walau dengan sesiapa sahaja kita berkomunikasi. Dalam konteks ini, walau pun dalam situasi mahu membeli makanan  sahaja, kita seharusnya menunjukkan sikap yang baik. Sekiranya, kita mendapat pendidikan Inggeris dan hanya tahu berbahasa Inggeris, namun tidak seharusnya melupakan asal usul bangsa dan keturunan kita sendiri yang sudah semestinya terserap didikan berbudi bahasa kepada orang lain. hal ini kerana, melaui budi bahasa kita akan tahu menghormati orang lain sama ada yang muda atau yang lebih tua dengan usia kita. 
Sekiranya kita dalam keadaan marah sekalipun, janganlah mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati pihak lain. Walau pun kita dalam keadaan marah, bicaralah dengan menggunakan bahasa kiasan yang betul agar perasaan kecil hati tidak berlaku. Kita boleh menggantikannya dengan bahasa kiasan yang lain seperti beribahasa, simpulan bahasa, atau pun dengan menggunakan sindiran kata-kata sopan lain. Sekiranya hendah membuat teguran, hendaklah teguran yang membina dan berhikmah yang boleh diterima oleh pihak lain. contohnya, kata-kata pelajar itu tadi boleh digantikan dengan kata-kata teguran yang bersopan ini:
 " Assalamualaikum, maaf ya mak cik, saya ingin memberi satu cadangan untuk kafeteria ini. Saya rasa,  mak cik boleh membuat pembaharuan lauk dengan mempelbagaikannya seperti lauk udang, sotong, daging lembu dan sebagainya. Saya rasa dengan cara ini penghuni-penghuni di sini tidaklah merasa jemu dengan lauk yang sama setiap hari kerana mereka pun mahukan kepelbagaian lauk daripada perkhidmatan kafeteria di sini". 

Dalam Islam juga ada mengingatkan kita tentang tindakan yang sewajarnya ketika diri dalam kemarahan yang kalau tidak salah ianya seperti ini;


Orang yang bijak, lagi perkasa adalah orang yang berjaya mengawal kemarahan...
Mereka adalah golongan yang berjaya.....

Imam Ghazali membahagikan 4 kategori jenis kemarahan iaitu:
1. Orang yang cepat marah, maka cepat hilang marahnya. 2. Orang yang lambat marah, maka lambat reda kemarahannya. 3.Orang yang lambat marah, cepat pula reda marahnya. 4. Orang yang cepat marah tetapi lambat reda kemarahannya.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatannya. Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika dalam kemarahan.(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Malik & Ahmad) Daripada Sahl bin Muaz daripada ayahnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia boleh melepaskannya, Allah SWT akan memanggilnya pada hari Kiamat lantaran Allah memberinya pilihan (untuk memilih) mana-mana bidadari yang dikehendaki. (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majjah & Ahmad)


Ubat Marah 

Individu yang normal pasti akan mengalami perasaan marah apabila berhadapan dengan situasi yang memungkin perkara itu berlaku, dan kemarahan itu tidak boleh dielakkan. Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa marah adalah seperti berikut:

  1. Sibukkan diri dengan mengingati Allah. Misalnya dengan berzikir dan berselawat. Firman Allah dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai anak-anak Adam, apabila kamu marah, ingatlah kepada-Ku.”
  2. Meminta nasihat daripada orang berpengalaman. Suatu kisah yang berlaku pada zaman Nabi, sepasang suami isteri yang sering bergaduh bertemu baginda untuk meminta nasihat. Lalu kata Nabi, “Apabila kamu berasa marah, maka hiruplah air dan biarkan air itu di dalam mulutmu sehingga kemarahanmu reda.”
  3. Marah itu datangnya dari syaitan. Oleh itu, mintalah perlindungan dari Allah seperti membaca kalimah taawuz.
  4. Jika berasa marah ketika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, dan jika sedang duduk, maka hendaklah berbaring.
  5. Fikirkan tentang kemurkaan Tuhan dan hukuman dari-Nya. Siapakah yang lebih besar kemarahannya, manusia atau Tuhan. Apa akan berlaku sekiranya Tuhan menunjukkan kemurkaan-Nya?
  6. Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu. Setiap orang melakukan kesilapan termasuk diri kita. Jika kita mengharapkan keampunan Tuhan, maka wajarlah kita bersedia untuk memaafkan orang lain. Sifat saling maaf-memaafkan akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat.
  7. Berwuduklah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat.

sekian.

Khamis, 20 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik..

Situasi: Ketika Naik Bas Balik ke Kolej Kediaman. 
21 Januari 2011

Pemandu bas yang terlalu 'berbudi-bahasa'.

Ketika itu, pelajar sedang berebut-rebut menaiki bas ke kolej kediaman. Keadaan yang terlalu sesak dan aku dihimpit oleh lautan pelajar lain ketika mahu berebut-rebut menaiki bas pulang. Bagaikan satu perjuangan merebut masuk ke dalam bas. Bagi yang sudah lepas masuk pasti akan merasa lega yang teramat sangat, dan bagi yang tidak lepas masuk ke dalam bas kerana sudah penuh  pasti akan merasa kecewa. Namun, perjuangan merebut bas ini membuat aku berasa letih. Bukannya tidak selalu aku melihat situasi ini berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), malah semenjak aku di semester satu lagi, perkara ini saban hari berlaku. Kalau dicerita dan dipersoalkan mengapa perkara ini sering berlaku memang tidak akan dapat jalan penyelesaiannya kerana sudah banyak usaha dan langkah telah dicadangkan, namun masalah kekurangan dan kekerapan bas untuk mengambil para pelajar pergi dan pulang kuliah masih tidak ada jawapannya sehingga kini.

Wahai diari, 
Namun, bukannya itu yang mahu aku ceritakan di sisi. Apa yang mahu aku ceritakan ialah sikap segelintir pemandu bas yang 'terlalu' berbudi bahasa. Ketika aku mahu turun dari bas yang aku naiki untuk pergi ke kuliah di kampus, ucapan terima kasih memang tidak akan lekang daripada mulutku kepada  pemandu bas yang membawa bas ketika itu. Hal ini kerana, memang menjadi satu budaya pelajar-pelajar di sini pasti akan mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas yang memandu bas membawa mereka setiap kali mahu menuruni tangga bas, sehinggakan jenuh rasanya pemandu bas mahu membalas ucapan " sama-sama" kepada setiap pelajar yang menuruni bas mereka. Tapi, ini merupakan budaya yang baik kerana nilai budi bahasa masih dipancarkan kepada setiap pelajar walau pun pada mulanya ketika mahu menaiki bas terpaksa berebut-rebut. Namun, lain pula kepada pemandu bas yang satu ini. Walaupun kami mengucapkan terima kasih, pemandu bas yang agak berusia itu tidak membalas "sama-sama" atau apa-apa perkataan pun. Dengan  muka kelat seperti menyindir, pemandu tersebut hanya menjeling ke arah kami. Bukan sekali, tetapi setiap kali  aku dan rakan-rakanku yang lain naik bas yang dialah pemandunya, setiap kali itulah dia melakukan tingkah-laku yang sama. Hal ini menjadi bualan kami setiap kali menaiki bas tersebut. Rasa kecil hati dan tersingguh masih boleh dirasai hingga kini. apa salahnya dengan hanya tersenyum atau mengucapkan balasan "sama-sama"? Tidak bolehkah bertindak berbudi bahasa juga walau dengan hanya senyuman?

KOMEN:

Pada pendapat saya, konsep budi bahasa sewajarnya menjadi amalan setiap rakyat di Malaysia tidak kiralah apa pekerjaan  kita. Walau hanya pemandu bas sahaja, sekiranya berbudi bahasa kepada para penumpang, ia akan menimbulkan kesan dan nilai yang baik kepada penumpang-penumpang yang lain. Walau tanpa dinyatakan dengan ucapan tutur kata, ianya boleh dizahirkan dengan bahasa badan atau "body language" yang tanpa kita sedari sedikit sebanyak memberi kesan mendalam kepada orang lain. Setiap bahasa badan yang kita lakukan memberi tafsiran makna tersendiri kepada sesiapa yang menyedarinya. Misalnya, pemandu bas tadi hanya menjeling kepada kami, pasti kami akan menafsirkannya bahawa pemandu bas tersebut membenci kami yang menaiki basnya dan mungkin juga dia tidak ikhlas terhadap pekerjaannya sebagai pemandu bas. Sekiranya dia memberi senyuman, pasti kami akan menganggap yang pemandu bas ini mengalukan kami sebagai penumpang bas yang lain dan mungkin kami akan menganggap bahawa dia amat ikhlas dalam pekerjaannya. 

Selasa, 18 Januari 2011

Panggilan dari abahku

Diari Sosiolinguistik

Situasi di bilik kolej kediaman Kolej Harun Aminurrashid: 
Budaya 'aku' dalam keluarga.

Pada pagi ini, paginya sungguh dingin. Mentari pagi pula belum lagi memancarkan sinar wajahnya. Aku bersyukur kepada yang Maha Esa kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan meneruskan hidup yang serba mencabar dari hari ke hari. Jam telefon tanganku menunjukkan pukul 7.30 pagi.  Aku lihat teman serumahku sudah bersiap-siaga untuk pergi ke kuliah.
" Kelas ceq mula pukui 8 pagi", dia membalas setelah aku bertanyakan tentang masa kuliahnya bermula. 
Tiba-tiba, telefon tanganku berbunyi mengalunkan lagu Hoedown Throwdown yang dinyanyikan oleh seorang artis Barat iaitu, Miley Cyrus dalam drama siri popularnya Hannah Montana. Rupa-rupanya, abahku membuat panggilan dari kampung. 
"Assalamualaikum, long. Kau tengah buat pe tu?", abah memulakan bicara. Apabila mendengarkan suara abah di pagi hari memang mengharukan hatiku. Pasti ada sesuatu yang penting yang ingin disampaikannya.
"Waalaikumussalam bah, tak buat apa-apa, aku baru nak kemas katil ni, ada apa bah?", aku mula bertanya apa halnya.
"Tak de apa-apalah, abah cume nak bagitau, persiapan majlis kahwin kau semua dah nak siap, tinggal ada sikit-sikit lagi yang belum. Bila kau nak balik rumah?"
"Alhamdulillah, baguslah tu. Tak tahu lagilah bah. Mungkin cuti Raya Cina baru aku balik. Jangan risau, kan sempat lagi tu", aku meyakinkan abah. 
"Kalau macam tu, ok lah. Nanti nak balik bagitau abah", abahku memesan sebelum mengakhiri perbualan di telefon. 
Tiba-tiba, teman sebilikku yang mendengar  perbualan kami dari tadi bertanyakan soalan yang rasanya tidak pernah ditanya oleh sesiapa pun kepadaku.
"Ceq nak tanya hang ni, pasai apa hang cakap dengan abah hang lagu tu?"
"Lagu mana pulak, aku tak nyanyi apa-apa pun pagi ni?", aku bertanya hairan. 
"Yelah, memang hang tak nyanyi lagu apa pon, maksud ceq hang  membahasakan diri hang 'aku' kat abah hang tu, macam tak eloklah", kawan sebilikku menjelaskan maksud pertanyaannya tadi. Oh, rupa-rupanya hal itu yang menjadi persoalan dirinya.
"Su, dalam keluarga aku memang macam tu. Lagipon, kami dari keturunan Jawa, cakap memang kasar sikit. Dah memang jadi budaya dalam keluarga aku macam tu. Kadang-kadang kalau marah, abah aku marah dalam bahasa Jawa. Tapi, aku paham lah maksudnya. Bagi aku, walaupon budaya dalam keluarga kami macam ni, tapi nilai kasih sayang itu tetap ada, cuma cara untuk melahirkannya berbeza dengan keluarga orang lain. Kadang-kadang, orang yang melihat dari mata kasar memang akan merasa pelik, tapi bagi kami, itu semua sudah biasa", aku menjelaskan hal sebenar kepada teman sebilikku yang satu ini. 
"Oh, barulah ceq paham!. Kalau macam tu ceq dah tak hairan lagi ya. Ceq pi kelas dulu ya. Assalamualaikum", dia memberi salam lalu berlalu pergi dengan senyuman tanda sudah memahami.
"Waalaikumussalam", aku membalas dengan senyuman sambil melihatnya keluar dari pintu bilik.


Komen:

'Aku' merupakan kata ganti nama diri dalam kumpulan kata ganti nama diri orang yang pertama.Selain 'aku', kata ganti nama diri orang pertama ialah 'saya', 'beta', 'patik', 'kami', dan 'kita'. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (104: 2004), kata nama jenis kata nama diri orang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Namun, setiap kata ganti nama diri orang ini haruslah digunakan mengikut masa iaitu, sama ada formal atau tidak formal, tempat iaitu, sama ada di pejabat, sekolah atau di rumah dan, sasaran panggilan iaitu, pangkat atau golongan sosialnya. Namun, pada pendapat saya, dalam situasi ini, ada sedikit kekecualian kerana nama panggilan dalam budaya setiap keluarga mempunyai perbezaan. Hal ini disebabkan, mungkin dipengaruhi faktor persekitaran, keturunan atau bangsa dalam sesebuah keluarga mahu pun disebabkan pengaruh media massa. 

     Dalam situasi ini, faktor terjadinya panggilan 'aku' digunakan sebagai panggilan diri dalam keluarga adalah disebabkan faktor budaya keturunan dalam keluarga. Hal ini kerana, memang ada sesetengah keluarga, mereka tidak menggunakan panggilan 'saya', 'awak' kerana panggilan itu terlalu formal bagi mereka. Bagi saya, panggilan 'aku' yang selalu digunakan oleh saya dalam keluarga saya tidaklah menimbulkan apa-apa rasa seperti rasa kurang adab, biadap atau sebagainya. Hal ini kerana, kami merasakan membahasakan diri sendiri 'aku' merupakan panggilan yang paling dekat dan mesra dalam keluarga ketika kami berbual-bual. Memang tidak dinafikan, ada pendapat yang mengatakan membahasakan diri sendiri 'aku' dalam keluarga terutamanya ibu dan bapa dianggap biadap. Namun, kita haruslah melihat dari persepsi dan budaya dalam keluarga itu sendiri kerana tidak semestinya 'aku' itu dianggap perkataan yang biadap dalam segala hal. Walhal, sekiranya bercakap dengan adik-beradik, rakan-rakan yang rapat mahu pun saudara-mara, kita akan membahasakan diri kita sendiri 'aku' kepada mereka kerana jalinan atau hubungan yang rapat tersirat secara halus dalam perkataan 'aku'.

Cuka kita berfikir sejenak, sekiranya kita berdoa kepada Allah setiap kali selepas selesainya solat, adakah kita akan selalu membahasakan 'saya' dan 'awak' ketika memohon pengharapan di dalam doa kita? Lazimnya, kita akan menggunakan panggilan 'aku' juga dalam membahasakan diri kita dengan Allah. Tamsilnya;

" Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Aku memohon keampunan dari-Mu atas segala perbuatan yang telah aku lakukan".



Abah dan adik-adik saya.

Saya bersama mak dan nenek tersayang.

Gambar ini ketika kami berjalan-jalan dengan mak cik  yang bongsu di sebuah pusat membeli-belah di Summit Parade, Batu Pahat, Johor.

Saya bersama sepupu-sepupu saya yang comel dan gelagat mereka sangat mencuit hati.



Isnin, 17 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik

Situasi di kedai fotostat.

Pekedai    : Mau apa?
Pelanggan: Nak print.

Beberapa minit kemudian.


Pekedai    : Dah
Pelanggan: Berapa kira?
Pekedai    : RM2 termasuk print color.
Pelanggan: Terima kasih.
Pekedai    : Sama-sama.
  

KOMEN:

Penggunaan bahasa pasar yang ringkas dan difahami oleh kedua-dua pihak.  Urusan jual beli menjadi mudah sekiranya menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh kedua-dua belah pihak. penggunaan ragam bahasa ini sebenarnya hendaklah bersesuaian dengan semantik dan pragmatiknya, iaitu dari segi sasaran, golongan sosial, situasi dan tempat. Namun, masih lagi perlu menggunakan budi bahasa yang baik dan sesuai.

Jumaat, 7 Januari 2011

Mulanya Sebuah Kisah Antara Aku & Dia.....episod 2

Ya Allah...adakah dia memang selama ini ku cari?mengapa dia ingin sekali berkenalan dengan ku?...hatiku disoal dengan perasaan hairan...
" Bukan tak mau telefon , tapi takut awak main-main...", jawabku terus-terang.
" Panggil saja abang, umur kita nampak jauh berbeza kan?", dia membalas dengan soalan.
" Haah, agaknya...siapa nama abang sebenarnya? macam mana abang boleh tahu nama Imah?berapa umur abang?", banyak pulak pertanyaanku..hehehe..harap dia dapat jawab jujur sebab dari raut wajahnya yang kulihat sebelum ini tiada tanda-tanda seorang penipu besar yang dikehendaki polis...hehehe..
"Nama abang jawa sikit, Rosman, umur abang dah 30 tahun lebih, abang tahu nama Imah dari makcik tukang masak tu, sebenarnya abang dah lama perhatikan Imah, tingkah-laku Imah, budi bahasa Imah...dan raut wajah Imah yang sentiasa menenangkan abang. hati abang rasa tenang bila nampak Imah, sebab itulah abang selalu rehat dan makan kat kafe tempat Imah kerja tu", jelasnya..
dalam hati berkata, "hmmm...yelah tu.., macam tak percaya jek? ada ke sampai macam tu sekali orang minat kat aku?"...tapi aku hanya mendiamkan diri tidak meluahkan apa yang terdetik dihati...
"Abang tahu mesti imah tak percaya cakap abang ni kan?", dia menyoal. Aku tergamam. Nak cakap ke tak yang ku tengah ragu-ragu ni?
" Berapa umur Imah sebenarnya?", dia bertanya lagi.
"Imah baru 18 tahun..masih tunggu keputusan SPM ", balasku tak mahu berbohong.
" Hah, baru 18 tahun! Abang ingatkan dah dalam lingkungan 20 tahun...nampak macam dah matang..", dia membalas hairan.
"Semua orang fikir camtu, mungkin sebab imah ni anak sulong kot", aku memberi penjelasan.
Perbualan di telefon menjadi semakin mesra tetapi tidak lama sebab baharu ku sedar yang kreditku tinggal berapa ringgit  je lagi sebelum menelifon dia tadi. Jadi, aku memutuskan untuk menghentikan perbualan. Dia seakan memahami dan bersetuju. Dia juga berjanji padaku yang biarlah dia sendiri sahaja yang menelifonku kerna dia tahu aku masih belajar..
Bagus jugak macam tu, tapi ku tak mengharap dia akan menelifonku lagi kerna ku takut perkenalan akan menjadi lebih jauh lagi sebab aku tak pernah lagi berbual semuka dengan dia. tengoklah , kalau diizinkan Allah, ada jodoh pasti kita bertemu lagi....sekiranya dialah insan yang selama ini yang akan menjadi jodohku, moga Allah permudahkan jalannya untuk kami dan sekiranya bukan jodohku, ku hanya berserah pada takdir-Mu..

Khamis, 6 Januari 2011

ReNtETaN PuISI TiNtA


sajak: doa kawan, teman dan sahabat


kawan,
kita sudah lama tidak bertemu
sudah lama tidak bertegur sapa
zaman kanak-kanak sudah berlabuh lama
namun setiap tawa mesra 
serta pilu duka yang  diharungi bersama
mengajar kita erti ranjau titian kehidupan
walau hanya seketika cuma
namun nilai persahabatan tetap kekal bersemadi
dalam hati kecil ini

teman,
kita semakin remaja
kita semakin erat bersama
kita lebih mengerti 
lebih memahami realiti 
lautan dugaan yang kita hadapi 
sepanjang kita mencari dan menggali
ilmu sama-sama diharungi
dengan berkat bahtera kesabaran dan iringan redha Illahi
demi mencapai bintang impian setiap risiko pengorbanan
demi mencari kematangan dalam meniti kehidupan

sahabat,
kini kita makin dewasa
masa makin menginjak usia
mengajar erti hidup hanya sementara
saat hilai duka episod kehidupan bersama
tidak akan aku sia-sia
kerna setiap pertemuan pasti ada perpisahan
pahit mahupun manis hendaklah sama-sama ditelan


kawan, teman, sahabat,
kenangan bersama kalian sentiasa tersemat
jalinan ukhwah sentiasa tidak dilupakan
kerna sentiasa ku pohonkan
dalam iringan doa perpisahan