Situasi: Pantun Budi, Pantun Warisan , Lambang Keindahan
PANTUN BUDI
Anak itik matinya lemas,
Makan lenggudi Bukit Askin,
Hilanglah bahasa kerana emas,
Tak tampak budi kerana miskin.
Hilanglah bahasa kerana emas,
Tak tampak budi kerana miskin.
Saya tidak mananam nenas,
Tanam kepaya di dalam padi,
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.
Tanam kepaya di dalam padi,
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.
Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi,
Emas merah ada berharga,
Budi bahasa bernilai abadi.
Tempat budak berulang mandi,
Emas merah ada berharga,
Budi bahasa bernilai abadi.
Pucuk nipah kelibatan,
Terletak mari di tepi pantai,
Biarlah rosak dalam lipatan,
Jangan rosak kena pakai.
Perahu lancing dari Patani,
Naik ke darat membeli kain,
Buah macang serupa kuini,
Rupanya sama rasanya lain.
Naik ke darat membeli kain,
Buah macang serupa kuini,
Rupanya sama rasanya lain.
Komen:
Indahnya pantun Melayu. Sekiranya ditelusuri maksud tersirat di sebalik setiap rangkap pantun di atas, sudah pasti membawa banyak pengajaran dan didikan kepada kita. berbudilah kita kepada orang lain tanpa meminta balasan kerana tangan yang menerima lebih baik daripada tangan yang memberi. Berilah dengan sebanyak-banyaknya, bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan