Salutasi

Jumaat, 18 Februari 2011

Diari Sosiolinguistik

18 Febuari 2011
Situasi: Dalam bas
Tajuk: Maksud Tersirat di Sebalik Iklan di Sinar.FM "Menyokong 1 Malaysia"

Pernahkah anda mendengar rancangan di radio tentang iklan 1 Malaysia di Sinar.FM? Dialognya semacam seperti ini:
Pemuda: Hey mem, siapa nama?
Perempuan: Dina.
Pemuda: Saya ingatkan awak orang putih.
Perempuan: Orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?
Pemuda: Ya...ya...ya.

 KOMEN: 

Walaupun tempoh iklan ini pendek, namun iklan ini memberi kesan kepada pendengarnya. Maksud tersirat dalam iklan ini ialah jangan membuat kesimpulan berdasarkan sifat luaran seseorang sahaja dan terus membuat kesimpulan berdasarkan apa yang kita lihat, kita hendaklah menyelidiki seseorang itu baik dari segi luaran mahupun dalaman kerana berkemungkinan apa yang kita lihat secara luaran itu tidak sama dengan apa yang sebenarnya dan ini mungkin akan menimbulkan salah faham, salah tafsir atau salah tanggapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan