Salutasi

Sabtu, 14 Ogos 2010

Mulanya Sebuah Kisah Antara Aku & Dia.....

kisah cintaku bermula disini...suatu hari, saat yang paling x ku duga dalam hidupku, ku bertemu dengan dia sewaktu aku sedang bekerja mencari rezeki tambahan untuk berbakti kepada keluargaku sementara cuti sekolah menengah yang panjang. Waktu itu, umurku sudah menjejak 18 tahun, baharu setahun jagung, baharu mengenal erti pengalaman hidup, dan masih muda dalam soal agama. Pada detik dan saat itu, hatiku sangat berdebar-debar, takut dan was-was mahu berkenalan dengannya. Mana tidaknya, ketika aku sedang leka bekerja di ruangan dapur sebagai pembantu tukang masak di sebuah kafe di kampungku, dia tiba-tiba muncul dan menyapaku dengan ramah sekali. Namun, pada masa itu pada mulanya aku tidak mengendahkan salam perkenalan daripadanya, namun pada keesokkannya dia datang lagi bersama teman-temannya dengan alasan mahu rehat makan di situ setelah penat bekerja. Aku masih lagi tidak mempedulikan salam perkenalan daripadanya. walaubagaimanapun, dia seakan nekad dan memberanikan diri mengekoriku hingga ke ruangan dapur dengan alasan mahu berjumpa dengan mak cik tukang masak yang dikenalinya. Tiba-tiba, dia memberi salam padaku dengan nada yang soleh sekali, lalu aku membalas salamnya seperti biasa. Dia meluahkan padaku yang dia ingin sekali berkenalan denganku dengan cara yang baik, dan terlalu berharap aku menerimanya. budi bahasanya membuat aku terharu dan lemah. Aku hanya insan biasa. Aku sempat lagi berkira-kira di dalam hati, apakah mahu aku menerimanya??Sekiranya dia tahu bagaimana aku sebenarnya mahukah dia tetap masih bekawan denganku??sekiranya dia tahu yang aku ini tidaklah sebaik mana, mahukah dia masih menerimaku??Aku hanya berserah pada Yang Esa, tidak salah sekiranya mencuba. Dia memberi nombor taliannya dan berharap aku dapat menelefonnya sekiranya aku siap dan bersedia menerimanya. Aku hanya mengucapkan InsyaAllah dan terima kasih pada dirinya. Hari berganti hari , hatiku resah sendiri. seringkali ku melihat nombor pemberiannya. Apakah patut aku mendailnya?bermacam-macam persoalan bergunung di benakku, berfikir tentang salam perkenalan dirinya. Jauh di sudut hati, mahu juga aku berkenalan dengan dirinya, namun tidak sanggup aku melakukan curang pada kekasihku.
Saudara Furqan,  jarang sekali sekali kami berjumpa. Walaupun perkenalan aku dengannya sewaktu aku masih di bangku sekolah menengah pada masa waktu itu aku sedang gigih belajar di Tingkatan 5. Dia ku kenal hasil daripada gurau-sendaku bersama sahabat-sahabat baikku sendiri. Ingat lagi sewaktu mahu berkenalan denganmu Furqan, sewaktu kita sedang asyik mendengar seminar yang dijalankan di sekolah yang aku lupa namanya kini, aku dan sahabat-sahabatku, Ain dan Azza sengaja mencari perkara yang melucukan pada masa itu sebagai bahan ketawa kami dan pada masa itu, aku terpandang dirimu yang duduk diam terpaku di sebelah mejaku sedang asyik mendengar seminar yang disampaikan oleh guru motivasi subjek matematik yang cemerlang. Kerana kebosanan, aku mencari akal bagaimana hendak menghilangkan kebosanan di dalam dewan seminar itu, aku mencadangkan kepada Ain supaya melihat gelagat pelajar-pelajar daripada sekolah lain yang sedang khusyuk mendengar seminar. Tiba-tiba, aku terpandang pelajar lelaki di sebelahku, aku membisikkan kepada Ain agar menyampaikan salamku pada dirinya. Aku, Ain dan Azza memang 'gila-gila' pada waktu itu, semua rakan-rakan kami yang lain sudah maklum. Jadi, tanpa membuang masa, cebisan kertas dilayangkan di mejanya. nampak rasa kaget diwajahnya lalu dibacanya coretan di cebisan kertas itu, wajah yang khusyuk berubah resah. Mana tidaknya, ada gadis mahu berkenalan. Aku, Ain dan Azza yang berhampiran dengannya menahan gelak dalam diam. Dia tercari-cari siapa yang memberi kertas itu. Lalu dia menoleh ke sebelah, kami berpura-pura pandang ke hadapan mendengar seminar, walhal kami sudah tidak fokus lagi pada masa itu. Tiba-tiba, Azza berasa kaget, baharu dia perasan yang pelajar lelaki itu sebenarnya sepupunya sendiri. Aku dan Ain sungguh terperanjat, mahu saja ku ketuk kepalanya dengan pen, mengapa kau tak bilang dari tadi Ajak!!aduh!malunya rasa kami. setelah tamat seminar, cepat-cepat kami mahu pulang, namun tiba-tiba, kertas tadi dikembalikan, dengan tangan pelajar lelaki itu sendiri!..Aku berasa amat malu, Ain dan Azza asyik tergelak mentertawakan diriku. Aduh!mana tidaknya terang-terangan namaku saja terpampang dikertas itu. pelajar lelaki itu menyapaku dengan tenang sekali, bertanyakan nama dan pelajar dari sekolah mana. Aku menjawab soalannya namun dengan suara yang terketar bercampur-baur perasaan malu tadi. dia menyatakan dia sudi berkenalan denganku, dan ingin sekali menjadi teman belajarku. Terkejut rasa nak pitam. Namun, tak sangka selepas kejadian itu, hubungan menjadi sangat baik dan lama-kelamaan hubungan daripada kawan menjadi kekasih. Kami 'declare' menjadi kekasih beberapa bulan sebelum peperiksaan SPM. Kami tidak selalu dapat 'dating' bersama kerana aku tinggal di 'hostel' di sekolahku, jadi agak sukar untuk bertemu, jarang berbual di telefon, hanya berutus surat bila pulang ke kampung di hujung minggu yang selalu akan ku titipkan suratku kepada Azza sebelum itu. Namun, hubungan menjadi biasa saja, kerana masing-masing sibuk belajar mahu menghadapi peperiksaan SPM. Aku tidak kisah, kerana aku sendiri belum bersedia memberi komitmen yang serius terhadap hubungan tersebut. Hubungan diteruskan hinggalah tamat peperiksaan dan hinggalah cuti sekolah yang panjang selepas itu. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, semakin jarang kami berbual di telefon, semakin jarang juga kami berutus surat. Mengapa kau berdiam saja, Furqan?
Kembali kepada nombor yang baharu ku dapat perolehi daripada seorang pemuda yang baik budi pekerti. Aku berkira-kira lagi di dalam hati. Sementara jariku mendail nombor itu, nombor demi nombor, satu persatu. Hatiku berdoa,  sekiranya orang ini ikhlas berkenalan denganku Ya Allah, aku serahkan nasibku pada Mu atas hubungan itu nanti. Aku berdoa, semoga aku bahagia sekiranya dapat berkenalan dengannya. Dengan lafaz Bismillah dan selawat atas nabi, aku menekan 'call'. Beberapa deringan kudengari seiring rasa berdebar yang amat sangat di dalam hati. Tiba-tiba, deringan diangkat, ucapan salam didahulukan olehnya. Aku menjawab salamnya setenang yang mungkin.
'Rahimah ke tu?', dia bertanya. 
'Ya, ni Imah, maaf menggangu, tapi camna taw?; aku bertanya kaget.
'Alhamdulillah, syukur, sudah lama abang menunggu suara Imah, ingatkan Imah tak sudi berkenalan dengan abang?'.

---bersambung---