Hang Tuah dikatakan berbangsa Cina.
Ramai di kalangan anggota masyarakat kita
terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda
pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari
keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal
dihuraikan dalam artikel ini.
Selama ini orang-orang Melayu telah
terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai
legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya
telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat
pada Robin Hood.
Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan
kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya
membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang
Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan
keadaan sebenar tentang asal keturunannya.
Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini
telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila
penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan
reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.
Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah
sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan
terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu
sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati
meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan
‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang
cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.
Bukti yang dapat menerangkan asal-usul
Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu
satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan
kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang
Tuah sebenarnya.
Dalam perbendaharaan nama-nama orang
Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama
seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu,
ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah
mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan,
Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan
mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa
bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga
tiada asasnya.
Mengikut kertas kerja yang dihasilkan
oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka
1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu
penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti
Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.
Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G.
Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman
123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan
Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500
orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah
berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak
bernama Paduka Mamat.
Perkara yang menarik dari edisi W.G.
Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan
‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah
dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama
Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang
Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah
telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula
dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan
dari wilayah tertentu asal mereka.
Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang
Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama
Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker,
manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang
suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3
suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata
walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada
berbaurkan loghat bahasa Melayu.
Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.
Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.
Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi
tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang
berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.
Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang
Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah
memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama
ini telah diterima dengan baik oleh beliau.
Perkara lain yang menarik ialah petikan
kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa
Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina
kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak
cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang
dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama
asal mereka.
Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.
Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.
Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.
Ketiga : Keempat-empat sahabat ini
kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama
mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang
Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
Hal yang lebih lanjut mengenai Hang
Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi,
sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar
Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang
‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa
sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah
Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula
menuduh Hang Jebat.
Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik
dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada
satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah
lampau.
Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah
menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan
tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah
yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.
Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’
adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga
dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.
Hasil kajian secara hipotesis ini telah
membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan
penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan,
adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang
dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan
Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis
ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk
kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana
hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.
Hang Tuah adalah anak cucu kepada
keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan
Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi
bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk
agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah
telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee
Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat
dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka
juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu
persahabatan yang abadi.
Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di
kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan
orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam.
Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan
meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu
termasuk nama Hang Kasturi.
Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika
itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu
dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka.
Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada
keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.
Berdasarkan hipotesis ini juga bererti
orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama
ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah
terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau
nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah
daripada keturunan orang Melayu Jati.
Berdasarkan hipotesis ini juga bererti
orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama
ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah
terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau
nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah
daripada keturunan orang Melayu Jati?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan