22 Febuari 2011
Situasi: penggunaan dialek Jawa yang diguna pakai oleh masyarakat kampung Pt Haji Yusuf, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.
Analisis Terjemahan perkataan Jawa dalam ayat bahasa Melayu standat.
Bil. | Maksud Perkataan Dalam Bahasa Melayu Standat | Kosa kata/perkataan dialek Jawa | Ayat |
1. | Makan | Mangan | Ali mengajak keluarganya mangan bersama-sama di sebua h restoran mewah. |
2. | Minum | Ngombei | Ahmad dan rakan-rakannya singgah ngombei air di kantin sekolah setelah penat bermain bola sepak. |
3. | Lapar | Luwe | Bulan Puasa mengajar kita menahan luwe dan dahaga. |
4. | Isteri | Buju’ | Beruntungnya dapat buju’ yang cantik lagi solehah. |
5. | suami@lelaki | Lanang | Lanangnya seorang yang baik budi dan beriman. |
6. | perempuan | Wedo’ | Pak Mamat sangat bertuah kerana dikurniakan anak wedo’ kembar. |
7. | Cantik | Ayu | Anak gadisnya sangat baik budi bahasanya lagi ayu. |
8. | Tampan | Bagus | Bagus sekali pengantin lelaki yang memakai baju merah itu. |
9. | Kenyang | Ware’ | Adik keware’kan kerana terlalu banyak makan semasa berbuka tadi. |
10. | Membaiki@menghias | Dandani | Sempena Hari Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa hari lagi, kami mendandani rumah seperti istana. |
11. | Pagi | Esuk | Esuk-esuk lagi emak berjalan kaki ke warung Pak Rahim untuk menghantar nasi lemaknya untuk dijual. |
12. | Petang | Sore | Suria terbit di waktu pagi, mentari terbenam pada sorenya. |
13. | Malam | Bengi | Sarah duduk termenung sendiri mengenangkan nasibnya pada bengi yang sepi ini. |
14. | Jauh | Adoh | Kekasihnya yang adoh tidak sesekali menggugat cintanya yang sudah lama bersemi. |
15. | Dekat @pendek | Cedek | Jauh di mata, cedek di hati. |
16. | Panjang | Dowo | Rambutnya yang dowo dan cantik mengurai membuatkan suaminya rasa terpikat. |
17. | Sombong | Mengol | Pemimpin yang mengol akan dibenci oleh rakyat atau orang bawahannya. |
18. | Peramah | Somehan | Isterinya yang somehan terhadap jiran tetangga membuat dirinya dihormati oleh jiran-jiran di kawasannya itu. |
19. | Gelap | Peteng | Kami berpeteng semalaman di rumah akibat ayah terlupa membayar bil elektrik bulan ini. |
20. | Terang | Padang | Cahaya yang padang menyilaukan pandangan mata saya. |
21. | Mengumpat | Ngerasani | Janganlah kita selalu ngerasani orang lain kerana hukumnya berdosa. |
22. | Berniaga @berjual | Dhodhol | Mak Mah sanggup mendhodhol nasi lemak setiap hari demi menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. |
23. | gelap@hitam | Ireng | Kerjanya yang selalu berada di bawah cahaya matahari menyebabkan kulitnya semakin ireng. |
24. | Merah | Abhang | Suraya berpakaian baju kurung berwarna abhang bagi menyerlahkan penampilannya. |
25. | Jual | Tuku | Dia tuku ayam panggang masak madu setiap hari di Bazar Ramadhan pada bulan Ramadhan. |
26. | Mandi | Adhos | Cuaca panas pada hari ini menyebabkan Mahmud adhos selama lima kali. |
27. | Bangun tidur | Tangi | Selepas tangi, Sharma bersiap-siap untuk bersembahyang bersama keluarganya di kuil. |
28. | Lupa | Lali | Nenek tua sudah lanjut usia dan dia selalu lali akan nama anaknya sendiri. |
29. | Takut | Wedhi | Anah berasa wedhi akan petir lalu dia memanggil-manggil nama ibunya untuk menemankannya tidur. |
30. | Baik | Apik | Fitri menjaga kucing itu apik-apik kerana ia merupakan kucing kesayangannya sejak kecil. |
31. | Garang | Tereng | Suaminya sangat tereng sehingga anak-anaknya pun takut untuk bercakap dengannya. |
32. | Mencuri | Nyolong | Kegiatan nyolong di asrama sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. |
33. | Perompak | Maling | Dua orang maling berbangsa Indonesia berjaya ditangkap malam tadi. |
34. | Banyak | Okeh | Tanamannya okeh dan segar kerana dia selalu membajai tanamannya dengan baja yang berkualiti. |
35. | Sikit | Sitik | Siti memahami bahasa Jawa walaupun dia hanya mengerti sitik-sitik perkataan yang disampaikan. |
36. | Berani | Wani | Panglima itu sungguh wani menentang lanun-lanun yang bermaharajalela di perairan jajahan sultannya. |
37. | Tengok @lawat | Delok | Arfan mahu mendelok ibu bapanya yang sedang sakit di kampung. |
38. | Dengar | Krungu | Sebagai orang muda tidak boleh krungu dan mencelah perbualan yang dibicarakan oleh orang-orang tua kerana ia dianggap biadap. |
39. | Jalan-jalan | Dholan-dholan | Kami dholan-dholan di sekitar kampung bagi menghirup udara segar. |
40. | Jalan | Melaku | Kita hendaklah melaku smbil menundukkan kepala apabila melaku di hadapan orang tua. |
41. | Kepala | Ndas | Ndasnya cedera kerana terhantuk besi karat. |
42. | Telinga | Kuping | Kuping arnab itu sungguh putih dan cantik sekali. |
43. | Berlari | Belayu | Dia belayu mendapatkan suaminya yang sudah lama tidak bertemu. |
44. | Masak | Ngliwet | Mak Rasyidah menghidangkan lauk ayam ngliwet cili padi yang merupakan masakan kegemaran anaknya. |
45. | Sayur | Jangan | Rani sibuk memotong jangan di dapur untuk dimasak petang nanti. |
46. | Ayam | Pitek | Abang menangkap pitek kampung untuk dimasak rendang sempena sambutan raya nanti. |
47. | Ikan | Iwak | Iwak bernafas melalui insang. |
48. | Baju | Kelambi | Sempena ulang tahun pernikahan, suaminya membelikan kelambi kurung baru yang cantik untuknya. |
49. | Seluar | Suwal | Datuk memakai suwal kesayangannya yang dibelikan oleh allahyarhamah nenek dulu. |
50. | Nenek @datuk | Mbah | Walaupun mbah sudah berumur 78 tahun, namun dia masih lagi aktif membuat kerja-kerja pertanian di ladangnya. |
51. | Pakcik | Pak de | Pak de saya yang telah tamat pelajarannya di Australia akan pulang ke tanah air minggu ini. |
52. | Makcik | Mbok de | Setelah kematian ibu Salmah, mbok denya menjaganya dia seperti anak kandungnya sendiri. |
53. | Abang | Kakang | Kakang-kakangnya semua sudah berjaya melanjutkan pelajara agama di Universiti Al-Azhar di Mesir. |
54. | Kakak | Mbak yu | Mbak yu Fatimah amat bertuah kerana telah berkahwin dengan anak seorang jutawan tempatan. |
55. | Tanya | Tekok | Jangan tekok soalan yang bukan-bukan kepadanya kerana dia sedang kemarahan. |
56. | Menghalang | Ora kenek | Pokok yang tumbang disebabkan hujan lebat malam tadi ora kenek lalauan di jalan raya tersebut. |
57. | Mampu | Kelar | Suaminya kelar menanggung isterinya yang masih belajar kerana gajinya melebihi RM 5000. |
58. | Dirasuk | kesurupen | Salmah bagaikan kesurupen hantu apabila melihat suaminya membawa perempuan lain masuk ke dalam rumah. |
59. | Kawan | konco | Berkawanlah dengan konco-konco yang berkelakuan baik agar tidak rosak masa hadapan. |
60. | Musnah | Dubrah | Rumahnya dubrah dijilat api malam tadi. |
61. | Kanak-kanak | Bocah-bocah | Bocah-bocah memang akan cepat belajar daripada kecil lagi kerana pemikiran mereka sedang berkembang luas pada masa itu. |
62. | Terjatuh | Tibo | Pasu bunga emak tibo dilanggar kucing yang sedang berlari mengejar tikus. |
63. | Segan | Isin | Dia berasa isin mahu berjumpa dengan tunangnya itu. |
64. | Dibandingkan | Dipandakneh | Rupa paras isterinya lebih cantik dipandakneh dengan rupa paras perempuan yang mengada-ngada itu. |
65. | Tersenyum | Gunyu | Aiman gunyu melihat gelagat anak-anaknya bermain di taman permainan. |
66. | Askar | Sojar | Abang Rahmat bercita-cita sebagai pegawai sojar di Johor kerana berdekatan dengan keluarganya di sana. |
67. | Perempuan | Wedok | Anak wedoknya yang bekerja di Kuala Lumpur telah pulang untuk berhari raya di kampung. |
68. | Langgar | Tabrak | Kereta pacuan empat roda itu ditabrak oleh lori muatan panjang mengakibatkan empat orang maut dalam kejadian kemalangan tersebut. |
69. | Muda | Nom | Siti Aisyah merupakan antara isteri nom Nabi Muhammad s.a.w. |
70. | Sakit | Loro | Firdaus sedang melawat datuknya yang terlantar loro di hospital. |
71. | Menjaga | Jogo | Wati sentiasa sabar jogo adik-adiknya yang masih kecil sejak kamatian ibu bapa mereka lima tahun yang lepas. |
72. | Kahwin | Rabi | Dia bercadang mahu rabi bagi menamatkan zaman bujangnya. |
73. | Tunggu | Nunggu | Kassim nunggu kekasihnya yang masih tidak kunjung-kunjung tiba dengan penuh kesabaran. |
74. | Diletakkan | Didelehni | Buku-buku rujukannya yang sudah koyak didelehni di dalam kotak dan disimpan di dalam bilik stor rumahnya. |
75. | Kotor | Reget | Tandas rumahnya yang reget telah kembali bersih setelah dicuci pagi tadi. |
76. | Makanan | Panganan | Masyarakat Malaysia amat bertuah kerana boleh menikmati pelbagai panganan yang enak-enak daripada pelbagai bangsa. |
77. | Dituangkan | Disokni | Minyak masak yang masih panas itu disokni oleh emak ke dalam botol kaca. |
78. | Dilayan | Diladeni | Tetamu-tetamunya yang datang akan diladeni dengan baik sekali oleh tuan rumah itu. |
79. | Diperhati | didelokni | Keputusan campuran bahan kimia tersebut didelokni dengan teliti sekali bagi mendapatkan hasil yang diinginkan. |
80. | Tunduk | Dengkluk | Anak gadisnya diajar agar apabila melintas di hadapan orang yang lebih tua harus berjalan sambil dengkluk malu bagi menandakan rasa hormat. |
81. | Datang | Teko | Ramai sanak saudaranya dari Surabaya teko dari pagi tadi ke rumahnya. |
82. | Habis | Entek | Mak Lijah berasa bersyukur kerana nasi lemaknya telah entek dijual pagi tadi. |
83. | Mengikut | Ngilok | Abang ngilok Pak Seman untuk mencari ayam hutan di pinggir hutan di hujung kampung. |
84. | Memikirkan | difikirneh | Mak berasa bimbang apabila difikerneh keadaan kakak yang masih belum mendirikan rumah tangga. |
85. | Membunuh | Mateni | Orang kampung mateni ular sawa yang besar itu beramai-ramai kerana takut ular tersebut terus mengganggu hasil penternkan mereka. |
86. | Penat | Kesel | Hisyam sungguh kesel harini kerana dia telah menolong ayahnya membaja tanaman sayuran di ladang. |
87. | Kekayaan | Sukih | Sukih tidak akan boleh dinikmati dengan tenang tanpa menggunakannya ke jalan yang diredhai Allah. |
88. | Memakai | Tingu | Abang tingu baju melayu yang telah dijahit oleh mak pada hari raya. |
89. | Telor ayam | Endok pitek | Kami berbuka dengan lauk endok pitek masak gulai cili padi yang dimasak oleh kakak. |
90. | Gembira | Bungah | Perasaannya bungah sekali apabila mendapat tawaran belajar di universiti. |
91. | Keburukan | Amoh | Kita hendaklah mengelakkan diri daripada bercakap tentang amoh orang lain kerana takut akan terjadi pertelingkahan dan permusuhan. |
92. | Benci | Pegel | Rahim amat pegel dengan tindakan kawan-kawannya yang ponteng sekolah. |
93. | Jarang | Kemeng | Sofian kemeng datang ke sekolah kerana menjaga emaknya yang sedang sakit. |
94. | Sedar | Eleng | Kebanyakkan masyarakat masih lagi kurang eleng dengan bahaya merokok. |
95. | Mengingatkan | Elengneh | Imah elengneh suaminya supaya pulang awal ke rumah untuk makan malam bersama. |
96. | Mencari | Golek i | Adik golek i barang mainannya yang telah disembunyikan emak di biliknya. |
97. | Sehari | Sedino | Sudah sedino anak perempuannya itu tidak pulang-pulang ke rumah dikhuatiri telah lari dari rumah mengikut kekasihnya. |
98. | Bagi/memberi | Nya i | Atas dasar kemanusiaan, kami nya i mereka sedekah setakat kemampuan kami. |
99. | Tempat | Enggon | Mereka sekeluarga amat berterima kasih kerana memberikan enggon untuk tinggal secara percuma atas sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri itu. |
100. | Kerja | Kerjo | Dia kerjo membanting tulang bagi menyara keluarganya sesuap nasi. |
KOMEN:
Perbezaan antara dialek Jawa dan bahasa Melayu standat:
(1) Fonologi= penekanan bunyi pada pekataan yang mempunyai bunyi letupan. Fonem itu akan dibunyikan dengan tebal. Contohnya, bocah, Jogo ,Sedino, dan Kerjo.
(2) Morfologi= ada perkataan dialek Jawa ini yang boleh diimbuhkan tetapi hanya imbuhan akhiran –i sahaja dilakukan. Misalnya,
Maksud Perkataan Dalam Bahasa Melayu Standat | Kosa kata/perkataan dialek Jawa |
Mencari | Golek i |
Bagi/memberi | Nya i |
Membunuh | Mateni |
Ada juga perkataan yang menerima imbuhan apitan ‘di-...-an’ dalam sesetengah perkataan apabila diterjemah dalam bahasa Melayu standat yang juga ada menerima apitan. Misalnya,
Maksud Perkataan Dalam Bahasa Melayu Standat | Kosa kata/perkataan dialek Jawa |
Dituangkan | Disokni |
Dilayan | Diladeni |
Diperhati | didelokni |
Memikirkan | difikirneh |
(3) Sintaksis= apabila perkataan-perkataan dialek Jawa disesuaikan dalam ayat bahasa Melayu standat, tiada perubahan ayat dilakukan kerana dialek Jawa juga boleh menerima hukum D-M dalam bahasa Melayu standat seperti dalam contoh-contoh ayat di atas.
(4) Semantik= ada perkataan dalam dialek jawa yang berlainan maknanya dengan makna bahasa Melayu. Misalnya,
Maksud Perkataan Dalam Bahasa Melayu Standat | Kosa kata/perkataan dialek Jawa |
Terang | Padang |
Padang (dialek jawa)=padang (melayu standat) ialah sebuah kawasan yang yang luas.
Maksud Perkataan Dalam Bahasa Melayu Standat | Kosa kata/perkataan dialek Jawa |
Sayur | Jangan |
Jangan (dialek Jawa)=jangan (melayu standat) ialah kata nafi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan