Salutasi

Isnin, 28 Februari 2011

Diari Sosiolinguistik

24 Febuari 2011
Situasi: Gagap dan Cara Mengatasinya

 Di suatu petang ketika saya tengah berehat di rumah:

 "Eh,...sa..sa...sa...saya tak buat perkara itu"! kata adik.
"Jangan tipu, kalau awak tak buat, kenapa tergagap bila cakap?" marah mak.
"Betul lah mak, saya gagap sebab takut mak marah-marah" jelas adik.
"Yelah tu". Mak hanya mengiakan kata-kata adik yang sememangnya suka menjawab.


Sering kali kita akan tergagap ketika berkomunikasi walau sebenarnya kita bukan dalam kalangan orang yang mengalami masalah gagap. Ada dua jenis situasi gagap, iaitu situasi pertama ialah gagap yang terjadi secara alami, iaitu terjadi secara semula jadi yang gagap sejak dari kecil manakala situasi kedua ialah gagap yang terjadi secara tidak sengaja, iaitu yang tidak disedari oleh pengucap ketika berkomunikasi. Namun, situasi gagap yang kedua jarang-jarang berlaku. di sini saya ada terbaca satu artikel di sebuah blog tentang cara mengatasi gagap yang secara alami.


http://promote5.blogspirit.com/archive/2006/04/13/jika-anda-gagap.html

13/04/2006

Jika anda gagap  

JIKA anda gagap, anda tidak berseorangan dalam menghadapi masalah ini. Terdapat seramai kira-kira 1 juta penduduk gagap di Amerika, yang terpaksa bersusah payah untuk mengeluarkan perkataan.
Kami akan terangkan dua cara yang boleh menolong anda mengatasi masalah gagap. Cara yang pertama ialah oleh Dr. Natthan Azrin, dari Universiti Illinois Selatan dan Dr. R. Gregory Nunn dari Klinik Chicago untuk tabiat. Cara yang kedua telah disediakan oleh Dr. Wendell Johnson, seorang bekas profesor di Universiti State Iowa. Kedua-dua teknik ini memusatkah aspek-aspek yang berlainan dalam proses gagap dan kedua-duanya mempunyai hubungan di antara satu sama lain.

Teknik kejiwaan untuk gagap oleh Dr. Azrin dan Dr. Nunn

1. Ada dua cara untuk mengatasi gagap: satu, ialah dengan cara melapangkan fikiran dan kedua ialah dengan mengawal pernafasan. Kedua-dua cara ini mesti digunakan apabila anda berada di dalam keadaan akan bercakap gagap.
2. Melapangkan fikiran. Tekanan menjadi punca utama, oleh itu adalah penting jika fikiran anda sentiasa lapang pada sepanjang hari. Tumpukan perhatian yang lebih untuk mengurangkan ketegangan otot-otot kerongkong, leher, bahu dan abdomen.
3. Mengawal pernafasan. Sentiasa amalkan menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan serta dalam melalui mulut anda. Apabila anda fikir anda hendak bercakap, selalu mulakan selepas anda melepaskan nafas.
4. Berlatih di rumah dengan membaca satu perenggan bacaan dengan kuat dengan menggunakan cara: Ketika melepaskan nafas, sebut satu perkataan selepas setiap pusingan pernafasan. Selepas itu; sebut dua perkataan pula bagi setiap pusingan pernafasan, kemudian tiga, dan seterusnya, sehingga anda boleh menyebut ayat yang mengandungi lima atau enam perkataan dalam setiap pusingan pernafasan.
5. Jika anda menjadi gagap se-mula, terus berhenti membaca ayat pertama dan mula membaca barisan ayat yang seterusnya. Matlamat anda ialah untuk membaca sebaris ayat kuat-kuat tanpa gagap. Jika tarikan nafas yang dalam membuatkan anda mengantuk, berhenti seketika, dan mulakan sekali lagi.
6. Apabila anda di luar rumah dan bersedia untuk bercakap, jangan terburu-buru. Cuba fikir dahulu apa yang anda ingin cakapkan.
7. Kemudian tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan kira-kira sepertiga dari udara yang anda tarik tadi.
8. Mula bercakap dan teruskan ketika melepaskan nafas — bukan menarik nafas
9. Cuba bercakap dengan ayat-ayat yang pendek sahaja. Jika anda tergopoh-gapah, beritahu diri anda, "perlahan-lahan," dan "Cuba bertenang."
10. Jauhkan dari bercakap dengan suara yang mendatar sahaja. Oleh itu jika anda menyebut ayat ini dalam suara mendatar, "Bila-kah bas akan sampai?", cuba sebut pula ayat itu dalam nada yang' tinggi rendah.
11. Kalau boleh, gunakan ayat yang biasa ketika bercakap. Contohnya, anda boleh berkata begini:
Apabila, saya sampai di rumah (berhenti) saya dapati telefon sedang bordering (berhenti). Ketika saya menjawab panggilan telefon itu (berhenti) ianya adalah Mary Lewis (berhenti). Dia ingin meminta (berhenti) resepi kek span saya.
12. Jika anda tergagap, berhenti segera, tarik nafas dan lepaskan kira-kira sepertiga udara dan mula bercakap kembali.
Catatan: Selalu amalkan cara menarik nafas dengan dalam serta bercakap ketika melepaskan nafas apabila anda rasa anda akan gagap. Ini bermakna, menarik nafas perlahan-lahan, kemudian melepaskan kira-kira sepertiga daripadanya dengan lambat sebelum anda bercakap, adalah penting.

Teknik kejiwaan untuk gagap oleh Dr. Wendell Johnsorr.

1. Bersihkan fikiran anda. Jangan fikirkan yang diri anda adalah lemah. Tumpukan perhatian pada masa-masa apabila perkataan yang anda sebut itu betui dan normal.
2. Selalu membaca dengan kuat dan seberapa cepat ketika anda berseorangan, atau dengan sesiapa yang ingin mendengar anda bercakap.
3. Pasangkan telinga kepada penceramah-penceramah di majlis syarahan atau di televisyen. Cuba gabungkan diri anda dengan mereka ketika mereka bercakap dan cuba tiru cara percakapan mereka.
4. Baca dengan kuat secara berlagu dengan seseorang. Jika anda membuat kesalahan, berhenti dan mulakan sekali lagi.
5. Dan apabila anda bersendirian, baca dengan kuat dan cepat seberapa yang anda boleh dan kemudian perintahkan diri anda supaya memperlahankan suara.
6. Kaji kesilapan anda. Apabila anda gagap, cuba kaji apa yang menjadi puncanya. Adakah fikiran anda terganggu? Adakah anda merasakan bahawa orang yang mendengar cakap anda itu akan marah, bosan dan tidak sabar-sabar? Adakah anda sedih?
7. Banyakan lagi bercakap. Ini bukanlah bertujuan untuk menjadi-kan diri anda tidak disukai oleh orang lain, tetapi inilah yang mesti anda lakukan, seperti yang dinasihatkan oleh Profesor Johnson, "selalu ingat bahawa anda tidak patut mengelakkan percakapan yaog sepatutnya dalam kehidupan sehari-hari, anda patut bercakap lebih lagi dan jangan cuba menarik diri”.
16:55 Posted in KESIHATAN 1 | Permalink | Email this



KOMEN:
Janganlah rasa malu jika kita seorang yang gagap. Gagap boleh diatasi cuma mengambil masa yang lama untuk memperbaikinya. 

Jumaat, 25 Februari 2011

Diari Sosiolinguistik

25 Febuari 2011
Situasi: Di hadapan Bilik E-Learning 4, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tajuk: Nampak Atau Buat-Buat Tak Nampak.






Gambar papan kenyataan diconteng.

KOMEN: 
Apakah situasi ini wajar dilakukan di dalam universiti kita sendiri? Cuba perhatikan apa-apa perkataan yang diconteng di situ.  Antara perkataan yang dapat dilihat dengan jelas, ‘koperas’, ‘AT 05 Sem 6 2011 Da Best’, dan dialog dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pun ada, iaitu ‘kire bakor je!’, ‘anto kak limah’, dan ‘hantu kopek’. Alahai bakal-bakal guru! Adakah anda nampak atau sedar perkara ini atau anak sekadar buat-buat tak nampak dan hanya pandang sebelah mata sahaja? Perkara vandelisme ini sudah menjadi kebiasaan di mana-mana bukan sahaja di tempat-tempat awam malah berlaku dalam universiti kita sendiri. Tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab ini semacam sengaja melakukannya.  niatnya mahu memperlihatkan hasil 'kreatif' mereka di hadapan sesiapa yang lalu lalang. Sekiranya yang melihatnya itu seorang yang prihatin dan mempunyai kesedaran, mereka akan melaporkannya kepada pihak universiti ataupun setidak-tidaknya tindakan memadamnya dilakukan oleh pekerja-pekerja pembersihan di bangunan itu. Namun,  perkara sebaliknya berlaku. Contengan ini masih kekal di situ tanpa sebarang tindakan dilakukan. Sekiranya inilah sikap bakal guru kita pada masa dan ketika ini, apa pula sikap mereka jika sudah menjadi guru nanti?Sepatutnya, gurulah menjadi model kepada pelajarnya, jangankan pula menjadi seperti peribahasa,’guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari.’

Rabu, 23 Februari 2011

Diari Sosiolinguistik

Situasi: Indahnya dialek-dialek di Malaysia.

Terdapat banyak dialek di Malaysia yang unik dan dialek-dialek ini membezakan penggunanya dari bahagian negeri yang mana satu di Malaysia. Misalnya:

Dialek Johor-Riau

Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh:



Saya - disebut sayě

Apa – disebut Apě

Berapa – disebut Berapě



Bagaimanapun akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal :



Anda – disebut anda

Merdeka - disebut Merdeka



bunyi akhiran ‘r’ tergugur pada kata-kata seperti berikut:



Besar - disebut Besa (dengan sebutan a yang betul)

lebar - disebut Leba (dengan sebutan a yang betul)

sabar - disebut Saba (dengan sebutan a yang betul)



Bunyi ‘o’ diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur”



Tidur – disebut Tido

Telur – disebut Telo



Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut:



Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě)

Pergi - disebut Pegi

Berjalan - disebut Bejalan



Bagaimanapun terdapat viarasi kecil di dalam dialek ini mengikut kawaan-kawasan tertentu.



Variasi tersebut dapat dilihat dibawah:



Ejaan Standard Johor-Riau Johor Pesisir Barat & Utara Melaka

Besar= Besa Beso Besau

Lebar= Leba Lebo Lebau

Sabar= Saba Sabo Sabau

Langgar = langga Langgo Langgau

Tukar= Tuka Tuko Tukau



Dialek Negeri Sembilan

Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera. (contohnya tidak disertakan disini)



Dialek Perak

Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)

Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti contoh berikut:



Ejaan Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak Tengah

Saya =Sayě Sayěě Saye

Apa =Apě Apěě Ape

Berapa =Berapě Berapěě Berape



Nota: Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘ě’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’



Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah: (sekadar beberapa contoh)



BM Malaysia- Perak Selatan- Perak Tengah:

Kamu - Koměě- Kome

Kota -Kotěě - Kote



Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara)

Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku.



Ejaan Standard Dialek Utara

Saya= Saya (mengikut sebutan baku)

Dia= Dia (mengikut sebutan baku)

Mana= Mana (mengikut sebutan baku)



Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:



Ejaan Standard Dialek Utara

Bergetar Bergetaq

Ular Ulaq

Telur Teloq



Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’



Ejaan Standard Dialek Utara

Pasir= Pasiaq

Baligh= Baliaq



Pengguguran huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh:



Ejaan Standard- Dialek Utara:

Kambing - Kambin

Kuning - Kunin

Anjing -Anjin



Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh):



BM Standard -Dialek Utara:

Awak- Kamu Hang

Mereka (bunyi ě)- Depa (sebutan baku)

Sekejap -Sat

Kenapa (bunyi ě)- Awat

Pergi - Pie

Kelapa (bunyi ě)- Nyoq



Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah:



Dialek Utara Dialek Utara (Perlis):

Kasut -Kasuit

Pulut -Puluit



Dialek Kelantan (kecek kelate)

Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan daripada dialek-dialek Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ (sama dengan bunyi e dalam kata Beca)



Ejaan Standard -Dialek Kelantan:

Kawan -Kawe

Bulan -Bule

Terang -Teghe

Tenang -Tene

Bukan -Buke

Tangan -Tange



Huruf ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’



Ejaan Standard -Dialek Kelantan:

Apa -Gapo

Hamba- Ambo

Mana- Mano



Perbezaan kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard



Ejaan Standard -Dialek Kelantan:

Satu (dua, tiga empat…) - Se (dua, tiga empat…)

Saya Kawe - ambo

Awak /-Kamu Demo

Bagaimana -Guano

Cakap - Kecek

Duit - Pitih

Gaduh - Gocho

Juara - Jogho

Kelapa -Nyo

Kawan -sahabat Saing



Dialek Terengganu

Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan. Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’. Contoh:



Ejaan Standard -Dialek Terengganu:

Makan -Makang

Ikan -Ikang

Bukan- Bukang

Badan -Badang

Pun -Pung

Zapin- Zaping

Kemaman (nama daerah)- Kemamang

Jalan -Jalang

Hujan -Hujang



Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)



Ejaan Standard - Dialek Terengganu -Dialek Kelantan:

Apa- Apěě - Gapo

Mana -Maněě -Mano

Ada -Aděě -Ado



Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :



Ejaan Standard -Dialek Terengganu:

Jumpa- Jupěě

Sampai- Sapaa



Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut:



BM Standard- Dialek Terengganu:

Duit - Piti

Selalu- Sokmo



(ada diantaranya sama dalam dialek Kelantan)



Dialek Pahang

Gaya penuturan sama seperti penutur dialek Kelantan dan Terengganu. Tetapi berbeza sedikit dari segi sebutan. Tidak banyak info yang diperolehi tentang dialek ini kerana penuturnya lebih cenderong menggunakan dialek Johor-Riau (Pahang di satu masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan Johor-Riau-Lingga)



Dialek Sarawak

Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunai, bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan di dalam dialek Melayu Sarawak



BM Standard- Dialek Sarawak:

Saya- Kamek

Awak -kamu Kitak

Dia -Nya

Tidak -Sik

Jangan -Sikboh

Ini- Itok

Sini -Sitok

Itu -Ya

Situ -Siya

Sana- Sinun

Mana -Ne

Dimana -Sine

Cakap- Madah

Orang -Sidak

Cantik -Kacak

Sombong -lawa

Lama- Lamak

Jumpa -Temu

Kucing Pusak - pusa

Anjing - Asok

Ayam -Manok

Ya - Auk


Ada banyak lagi perkataan dalam dialek Sarawak yang sangat berbeza dengan dialek-dialek Melayu di Semenanjung. (Tetapi ada juga yang sama).



Dialek Sabah

Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung berbanding bahasa Sarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah. Keadaan ini menyebabkan bahasa suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka menggunakan sebutan baku yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Di samping itu, terdapat juga kata pinjaman daripada bahasa suku kaum di negeri itu. Bagaimanapun data yang tersedia masih minium.



KOMEN:
Biarpun banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi muda kini semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibu mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat dengan ketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

Selasa, 22 Februari 2011

Diari Sosiolinguistik

22 Febuari 2011
Situasi: penggunaan dialek Jawa yang diguna pakai oleh masyarakat kampung Pt Haji Yusuf, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

Analisis Terjemahan  perkataan Jawa dalam ayat bahasa Melayu standat.
Bil.
Maksud Perkataan Dalam Bahasa  Melayu Standat
Kosa kata/perkataan dialek Jawa
Ayat
1.        
Makan
Mangan
Ali mengajak keluarganya mangan bersama-sama   di sebua h restoran mewah.
2.        
Minum
Ngombei
Ahmad dan rakan-rakannya singgah ngombei  air di kantin sekolah setelah penat bermain bola sepak.
3.        
Lapar
Luwe
Bulan Puasa mengajar kita menahan luwe dan dahaga.
4.        
Isteri
Buju’
Beruntungnya dapat buju’ yang cantik lagi solehah.
5.        
suami@lelaki
Lanang
Lanangnya seorang yang baik budi dan beriman.
6.        
perempuan
Wedo’
Pak Mamat sangat bertuah kerana dikurniakan anak wedo’ kembar.
7.        
Cantik
Ayu
Anak gadisnya sangat baik budi bahasanya lagi ayu.
8.        
Tampan
Bagus
Bagus sekali pengantin lelaki yang memakai baju merah itu.
9.        
Kenyang
Ware’
Adik keware’kan kerana terlalu banyak makan semasa berbuka tadi.
10.    
Membaiki@menghias
Dandani
Sempena Hari Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa hari lagi, kami mendandani rumah seperti istana.
11.    
Pagi
Esuk
Esuk-esuk lagi emak berjalan kaki ke warung Pak Rahim untuk menghantar nasi lemaknya untuk dijual.
12.    
Petang
Sore
Suria terbit di waktu pagi, mentari terbenam pada sorenya.
13.    
Malam
Bengi
Sarah duduk termenung sendiri mengenangkan nasibnya pada bengi yang  sepi ini.
14.    
Jauh
Adoh
Kekasihnya yang adoh tidak sesekali menggugat cintanya yang sudah lama bersemi.
15.    
Dekat @pendek
Cedek
Jauh di mata, cedek di hati.
16.    
Panjang
Dowo
Rambutnya yang dowo dan cantik mengurai membuatkan suaminya rasa terpikat.
17.    
Sombong
Mengol
Pemimpin  yang mengol akan dibenci oleh rakyat atau orang bawahannya.
18.    
Peramah
Somehan
Isterinya yang somehan terhadap jiran tetangga membuat dirinya dihormati oleh jiran-jiran di kawasannya itu.
19.    
Gelap
Peteng
Kami berpeteng semalaman di rumah akibat ayah terlupa membayar bil elektrik bulan ini.
20.    
Terang
Padang
Cahaya yang padang menyilaukan pandangan mata saya.
21.    
Mengumpat
Ngerasani
Janganlah kita selalu ngerasani orang lain kerana hukumnya berdosa.
22.    
Berniaga @berjual
Dhodhol
Mak Mah sanggup mendhodhol nasi lemak setiap hari demi menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.
23.    
gelap@hitam
Ireng
Kerjanya yang selalu berada di bawah cahaya matahari menyebabkan kulitnya semakin ireng.
24.    
Merah
Abhang
Suraya berpakaian baju kurung berwarna abhang bagi menyerlahkan penampilannya.
25.    
Jual
Tuku
Dia tuku ayam panggang masak madu setiap hari di Bazar Ramadhan pada bulan Ramadhan.
26.    
Mandi
Adhos
Cuaca panas pada hari ini menyebabkan Mahmud adhos selama lima kali.
27.    
Bangun tidur
Tangi
Selepas tangi, Sharma bersiap-siap untuk bersembahyang bersama keluarganya di kuil.
28.    
Lupa
Lali
Nenek tua  sudah lanjut usia dan dia selalu lali akan nama anaknya sendiri.
29.    
Takut
Wedhi
Anah berasa wedhi akan petir lalu dia memanggil-manggil nama ibunya untuk menemankannya tidur.
30.    
Baik
Apik
Fitri menjaga  kucing itu apik-apik kerana ia merupakan kucing kesayangannya sejak kecil.
31.    
Garang
Tereng
Suaminya sangat tereng sehingga anak-anaknya pun takut untuk bercakap dengannya.
32.    
Mencuri
Nyolong
Kegiatan nyolong di asrama sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi.
33.    
Perompak
Maling
Dua orang maling berbangsa Indonesia berjaya ditangkap malam tadi.
34.    
Banyak
Okeh
Tanamannya okeh dan segar kerana dia selalu membajai tanamannya dengan baja yang berkualiti.
35.    
Sikit
Sitik
Siti memahami bahasa Jawa walaupun dia hanya mengerti sitik-sitik perkataan yang disampaikan.
36.    
Berani
Wani
Panglima itu sungguh wani menentang lanun-lanun yang bermaharajalela di perairan jajahan sultannya.
37.    
Tengok @lawat
Delok
Arfan mahu mendelok ibu bapanya yang sedang sakit di kampung.
38.    
Dengar
Krungu
Sebagai orang muda tidak boleh krungu dan mencelah perbualan yang dibicarakan oleh orang-orang tua kerana ia dianggap biadap.
39.    
Jalan-jalan
Dholan-dholan
Kami dholan-dholan di sekitar kampung bagi menghirup udara segar.
40.    
Jalan
Melaku
Kita hendaklah melaku smbil menundukkan kepala apabila melaku di hadapan orang tua.
41.    
Kepala
Ndas
Ndasnya cedera kerana terhantuk besi karat.
42.    
Telinga
Kuping
Kuping arnab itu sungguh putih dan cantik sekali.
43.    
Berlari
Belayu
Dia belayu mendapatkan suaminya yang sudah lama tidak bertemu.
44.    
Masak
Ngliwet
Mak Rasyidah menghidangkan lauk ayam ngliwet cili padi yang merupakan masakan kegemaran anaknya.
45.    
Sayur
Jangan
Rani sibuk memotong jangan di dapur untuk dimasak petang nanti.
46.    
Ayam
Pitek
Abang menangkap pitek kampung untuk dimasak rendang sempena sambutan raya nanti.
47.    
Ikan
Iwak
Iwak bernafas melalui insang.
48.    
Baju
Kelambi
Sempena ulang tahun pernikahan, suaminya membelikan kelambi kurung baru yang cantik untuknya.
49.    
Seluar
Suwal
Datuk memakai suwal kesayangannya yang dibelikan oleh allahyarhamah nenek dulu.
50.    
Nenek @datuk
Mbah
Walaupun mbah sudah berumur 78 tahun, namun dia masih lagi aktif membuat kerja-kerja pertanian di ladangnya.
51.    
Pakcik
Pak de
Pak de saya yang telah tamat pelajarannya di Australia akan pulang ke tanah air minggu ini.
52.    
Makcik
Mbok de
Setelah kematian ibu Salmah, mbok denya menjaganya dia seperti anak kandungnya sendiri.
53.    
Abang
Kakang
Kakang-kakangnya semua sudah berjaya melanjutkan pelajara agama di Universiti Al-Azhar di Mesir.
54.    
Kakak
Mbak yu
Mbak yu Fatimah amat bertuah kerana telah berkahwin dengan anak seorang jutawan tempatan.
55.    
Tanya
Tekok
Jangan tekok soalan yang bukan-bukan kepadanya kerana dia sedang kemarahan.
56.    
Menghalang
Ora kenek
Pokok yang tumbang disebabkan hujan lebat malam tadi ora kenek lalauan di jalan raya tersebut.
57.    
Mampu
Kelar
Suaminya kelar menanggung isterinya yang masih belajar kerana gajinya melebihi RM 5000.
58.    
Dirasuk
kesurupen
Salmah bagaikan kesurupen hantu apabila melihat suaminya membawa perempuan lain masuk ke dalam rumah.
59.    
Kawan
konco
Berkawanlah dengan konco-konco yang berkelakuan baik agar tidak rosak masa hadapan.
60.    
Musnah
Dubrah
Rumahnya dubrah dijilat api malam tadi.
61.    
Kanak-kanak
Bocah-bocah
Bocah-bocah memang akan cepat belajar daripada kecil lagi kerana pemikiran mereka sedang berkembang luas pada masa itu.
62.    
Terjatuh
Tibo
Pasu bunga emak tibo dilanggar kucing yang sedang berlari mengejar tikus.
63.    
Segan
Isin
Dia berasa isin mahu berjumpa dengan tunangnya itu.
64.    
Dibandingkan
Dipandakneh
Rupa paras isterinya lebih cantik dipandakneh dengan rupa paras perempuan yang mengada-ngada itu.
65.    
Tersenyum
Gunyu
Aiman gunyu melihat gelagat anak-anaknya bermain di taman permainan.
66.    
Askar
Sojar
Abang Rahmat bercita-cita sebagai pegawai sojar di Johor kerana berdekatan dengan keluarganya di sana.
67.    
Perempuan
Wedok
Anak wedoknya yang bekerja di Kuala Lumpur telah pulang untuk berhari raya di kampung.
68.    
Langgar
Tabrak
Kereta pacuan empat roda itu ditabrak oleh lori muatan panjang mengakibatkan empat orang maut dalam kejadian kemalangan tersebut.
69.    
Muda
Nom
Siti Aisyah merupakan antara isteri nom Nabi Muhammad s.a.w.
70.    
Sakit
Loro
Firdaus sedang melawat datuknya yang terlantar loro di hospital.
71.    
Menjaga
Jogo
Wati sentiasa sabar jogo adik-adiknya yang masih kecil sejak kamatian ibu bapa mereka lima tahun yang lepas.
72.    
Kahwin
Rabi
Dia bercadang mahu rabi bagi menamatkan zaman bujangnya.
73.    
Tunggu
Nunggu
Kassim nunggu kekasihnya yang masih tidak kunjung-kunjung tiba dengan penuh kesabaran.
74.    
Diletakkan
Didelehni
Buku-buku rujukannya yang sudah koyak didelehni di dalam kotak dan disimpan di dalam bilik stor rumahnya.
75.    
Kotor
Reget
Tandas rumahnya yang reget telah kembali bersih setelah dicuci pagi tadi.
76.    
Makanan
Panganan
Masyarakat Malaysia amat bertuah kerana boleh menikmati pelbagai panganan yang enak-enak daripada pelbagai bangsa.
77.    
Dituangkan
Disokni
Minyak masak yang masih panas itu disokni oleh emak ke dalam botol kaca.
78.    
Dilayan
Diladeni
Tetamu-tetamunya yang datang akan diladeni dengan baik sekali oleh tuan rumah itu.
79.    
Diperhati  
didelokni
Keputusan campuran bahan kimia tersebut didelokni dengan teliti sekali bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.
80.    
Tunduk
Dengkluk
Anak gadisnya diajar agar apabila melintas di hadapan orang yang lebih tua harus berjalan sambil dengkluk malu bagi menandakan rasa hormat.
81.    
Datang
Teko
Ramai sanak saudaranya dari Surabaya teko dari pagi tadi ke rumahnya.
82.    
Habis
Entek
Mak Lijah berasa bersyukur kerana  nasi lemaknya telah entek dijual pagi tadi.
83.    
Mengikut
Ngilok
Abang ngilok Pak Seman untuk mencari ayam hutan di pinggir hutan di hujung kampung.
84.    
Memikirkan
difikirneh
Mak  berasa bimbang apabila difikerneh keadaan kakak yang masih belum mendirikan rumah tangga. 
85.    
Membunuh
Mateni
Orang kampung mateni ular sawa yang besar itu beramai-ramai kerana takut ular tersebut terus mengganggu hasil penternkan mereka. 
86.    
Penat
Kesel
Hisyam sungguh kesel harini kerana dia telah menolong ayahnya membaja tanaman sayuran di ladang.
87.    
Kekayaan
Sukih
Sukih tidak akan boleh dinikmati dengan tenang tanpa menggunakannya ke jalan yang diredhai Allah.
88.    
Memakai
Tingu
Abang tingu baju melayu yang telah dijahit oleh mak pada hari raya. 
89.    
Telor ayam
Endok pitek
Kami berbuka dengan lauk endok pitek masak gulai cili padi yang dimasak oleh kakak.
90.    
Gembira
Bungah
Perasaannya bungah sekali apabila mendapat tawaran belajar di universiti.
91.    
Keburukan
Amoh
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada bercakap tentang amoh orang lain kerana takut akan terjadi pertelingkahan dan permusuhan.
92.    
Benci
Pegel
Rahim amat pegel dengan tindakan kawan-kawannya yang ponteng sekolah.
93.    
Jarang
Kemeng
Sofian kemeng datang ke sekolah kerana menjaga emaknya yang sedang sakit.
94.    
Sedar
Eleng
Kebanyakkan masyarakat masih lagi kurang eleng dengan bahaya merokok.
95.    
Mengingatkan
Elengneh
Imah elengneh suaminya supaya pulang awal ke rumah untuk makan malam bersama.
96.    
Mencari
Golek i
Adik golek i barang mainannya yang telah disembunyikan emak di biliknya.
97.    
Sehari
Sedino
Sudah sedino anak perempuannya itu tidak pulang-pulang ke rumah dikhuatiri telah lari dari rumah mengikut kekasihnya.
98.    
Bagi/memberi
Nya i
Atas dasar kemanusiaan, kami nya i mereka sedekah setakat kemampuan kami.
99.    
Tempat
Enggon
Mereka sekeluarga amat berterima kasih kerana memberikan  enggon untuk tinggal secara percuma atas sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri itu.
100.                        
Kerja
Kerjo
Dia kerjo membanting tulang bagi menyara keluarganya sesuap nasi.


KOMEN:
Perbezaan antara dialek Jawa dan bahasa Melayu standat:
(1)    Fonologi= penekanan bunyi pada pekataan yang mempunyai bunyi letupan. Fonem itu akan dibunyikan dengan tebal. Contohnya, bocah, Jogo ,Sedino, dan Kerjo.
(2)  Morfologi= ada perkataan dialek Jawa ini yang boleh diimbuhkan tetapi hanya imbuhan akhiran –i sahaja dilakukan. Misalnya,
Maksud Perkataan Dalam Bahasa  Melayu Standat
Kosa kata/perkataan dialek Jawa
Mencari
Golek i
Bagi/memberi
Nya i
Membunuh
Mateni
Ada juga perkataan yang menerima imbuhan apitan ‘di-...-an’ dalam sesetengah perkataan apabila diterjemah dalam bahasa Melayu standat yang juga ada menerima apitan. Misalnya,
Maksud Perkataan Dalam Bahasa  Melayu Standat
Kosa kata/perkataan dialek Jawa
Dituangkan
Disokni
Dilayan
Diladeni
Diperhati  
didelokni
Memikirkan
difikirneh
(3)  Sintaksis= apabila perkataan-perkataan dialek Jawa disesuaikan dalam ayat bahasa Melayu standat, tiada perubahan ayat dilakukan kerana dialek Jawa juga boleh menerima hukum D-M dalam bahasa Melayu standat seperti dalam contoh-contoh ayat di atas.
(4)  Semantik= ada perkataan dalam dialek jawa yang berlainan maknanya dengan makna bahasa Melayu. Misalnya,

Maksud Perkataan Dalam Bahasa  Melayu Standat
Kosa kata/perkataan dialek Jawa
Terang
Padang
Padang (dialek jawa)=padang (melayu standat) ialah sebuah kawasan yang yang luas.
Maksud Perkataan Dalam Bahasa  Melayu Standat
Kosa kata/perkataan dialek Jawa
Sayur
Jangan
Jangan (dialek Jawa)=jangan (melayu standat) ialah kata nafi.