Salutasi

Jumaat, 25 Februari 2011

Diari Sosiolinguistik

25 Febuari 2011
Situasi: Di hadapan Bilik E-Learning 4, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tajuk: Nampak Atau Buat-Buat Tak Nampak.






Gambar papan kenyataan diconteng.

KOMEN: 
Apakah situasi ini wajar dilakukan di dalam universiti kita sendiri? Cuba perhatikan apa-apa perkataan yang diconteng di situ.  Antara perkataan yang dapat dilihat dengan jelas, ‘koperas’, ‘AT 05 Sem 6 2011 Da Best’, dan dialog dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pun ada, iaitu ‘kire bakor je!’, ‘anto kak limah’, dan ‘hantu kopek’. Alahai bakal-bakal guru! Adakah anda nampak atau sedar perkara ini atau anak sekadar buat-buat tak nampak dan hanya pandang sebelah mata sahaja? Perkara vandelisme ini sudah menjadi kebiasaan di mana-mana bukan sahaja di tempat-tempat awam malah berlaku dalam universiti kita sendiri. Tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab ini semacam sengaja melakukannya.  niatnya mahu memperlihatkan hasil 'kreatif' mereka di hadapan sesiapa yang lalu lalang. Sekiranya yang melihatnya itu seorang yang prihatin dan mempunyai kesedaran, mereka akan melaporkannya kepada pihak universiti ataupun setidak-tidaknya tindakan memadamnya dilakukan oleh pekerja-pekerja pembersihan di bangunan itu. Namun,  perkara sebaliknya berlaku. Contengan ini masih kekal di situ tanpa sebarang tindakan dilakukan. Sekiranya inilah sikap bakal guru kita pada masa dan ketika ini, apa pula sikap mereka jika sudah menjadi guru nanti?Sepatutnya, gurulah menjadi model kepada pelajarnya, jangankan pula menjadi seperti peribahasa,’guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari.’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan