Salutasi

Rabu, 9 Februari 2011

Diari Sosiolinguistik

  Situasi: Tata Berbahasa atau Tatabahasa?


Saya amat tertarik dengan pandangan dalam rencana yang dihantar oleh seorang penulis di 

http://semanggol.com/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=36&Itemid=77&limitstart=10

kerana dia merencanakan sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh saya.  Rencananya membuat saya berfikir sejenak tentang tata berbahasa saya sama ada betul atau tidak digunakan selama ini. Baharulah saya mengetahui bahawa sekiranya kita tersalah dalam tata berbahasa kesalahan itu lebih membawa kesan yang mendalam sama ada pada diri sendiri mahupun orang lain. Jika kesalahan dalam  tatabahasa, ia boleh dibetulkan pada masa itu juga, misalnya ketika sedang menulis karangan berformat, jika tersalah mengeja sesuatu perkataan, kita boleh memadamkanya dengan segera, namun jika tersalah dalam tata berbahasa, misalnya ketika mengacarakan sesuatu majlis formal, jika tersalah sebut nama atau pangkat sebenar jemputan yang diundang, kita tidak boleh memadam kata-kata kita yang sudah terlepas cakap di hadapan ramai orang, paling baik pun terpaksa mengulang kepada yang sebetulnya, tetapi kalau sudah melakukan pengulangan kita sendiri yang merasa malu dan segan akan kesalahan yang kita lakukan. Jadi, penting untuk mengetahui dan mengamalkan tata berbahasa kerana manfaatnya amat banyak terutamanya ketika dalam situasi yang memerlukan kita berbahasa secara formal.

 

 

Tata Berbahasa

6. Kesalahan Tata Berbahasa adalah lebih Serius daripada Kesalahan Tatabahasa

 
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.
Terlajak perahu dapat diundurkan,

Terlajak kata buruk padahnya.
 
Apabila kita melakukan kesalahan tatabahasa kesannya tidaklah serius dan tidak ada implikasi jangka masa panjang. Katakanlah kita salah menyebut satu perkataan. Katakanlah kita salah mengeja satu perkataan. Katakanlah kita salah menggunakan imbuhan. Katakanlah kita membina ayat yang tidak ada subjek, dan seterusnya. Kesalahan tatabahasa itu dapat sahaja dibetulkan. Tidak ada sesiapa yang merasa kesan negatifnya. Seorang pelajar mungkin akan hilang beberapa markah pada masa itu. Itulah sahaja kesannya.  Tidak ada siapa yang akan marah. Tidak ada sesiapa yang mengatakan kita kurang sopan. Tidak ada orang yang tersinggung sehingga dia membatalkan niatnya hendak membeli sesuatu barangan. Tidak ada sesiapa yang akan menarik balik keputusannya mengenai sesuatu perjanjian perniagaan. Malah, kesalahan tatabahasa tidak menimbulkan akibat yang berat. Pendeknya tidak ada orang yang akan mengatakan kita tidak berbudi bahasa. Sebagai orang Malaysia yang menuturkan bahasa Melayu, sudah semestinya kita mengetahui tentang adanya unsur budaya dalam berkomunikasi. Namun, peranan yang dimainkan oleh unsur-unsur budaya ini kurang difahami oleh ramai orang.
      Ada banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini timbul, dan ini dijelaskan nanti. Apabila aspek ini semakin kurang diberi perhatian sehingga menimbulkan kesan buruk dalam komunikasi bahasa Melayu, maka barulah kita semakin merasakan perlu dilakukan sesuatu supaya penggunaan unsur-unsur budaya yang positif dalam komunikasi diambil kira. Terutama dalam komunikasi rasmi dan perniagaan.
    Unsur-unsur budaya ini ada disebut dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah, tetapi perinciannya tidak ada. Kita tidak tahu apa aspek budaya yang dimaksudkan dan bagaimana pula kita mengajarkannya kepada murid sekolah. Apa kaedah mengajarkannya, dan apa pula bahannya. Memang ada beberapa aspek bahasa yang mengandungi unsur budaya, iaitu: kata sapaan atau panggilan, kata gelaran, kata ganti nama, cara-cara memberi dan menerima salam, gerak-geri badan, gerak tangan, tembung mata, kuat suara, umur, jantina dan lain-lain.
     Di samping itu ada juga unsur-unsur lain yang mempengaruhi penggunaan bahasa, iaitu sama kita bertutur dalam konteks rasmi atau tidak rasmi. Dengan siapa kita bercakap atau berucap, apa taraf sosial orang yang dilawan bercakap, apa tahap pendidikannya, apa jenis pendidikannya, apa jawatan dan gelaran si penutur dan si pendengar? Begitulah seterusnya.
Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Julai 2010 23:23)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan