Salutasi

Selasa, 8 Februari 2011

Diari Sosiolinguistik




Situasi: Budi Bahasa Semakin Hilang.
Tempat: Kolej Harun Aminurrashid (KHAR).

Di suatu petang, aku duduk-duduk di beranda kolej kediamnku sambil melihat suasana sibuk di bawah tingkat bangunan. Suasana pasar malam di kolej tidak kurang hebatnya seperti di pasar malam biasa di pasar. para penjualnya sibuk melayan para pelanggan yang berpusu-pusu datang menghampiri kedai jualan mereka. Tiba-tiba, mataku terarah ke kedai yang menjual yong tau fu,  aku melihat ada seorang pelanggan memotong barisan semasa hendak memilih makanan dan menyebabkan pelanggan-pelanggan lain berasa kurang senang dengan perbuatan tersebut. Ada sebahagian pelanggan lain yang menegur perbuatannya, namun dia makin mencebikkan muka dan terus membayar makanan lalu berlalu pergi dari tempat itu dengan wajah yang amat masam. 


KOMEN:
Sejak kebelakangan ini, amalan berbudi bahasa semakin kurang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Budi bahasa sangat penting dalam kehidupan seharian. Budi dan bahasa adalah dua elemen yang berkaita rapat dalam pembinaan jati diri sesebuah masyarakat. Budi adalah kelakuan yang baik, manakala bahasa merupakan percakapan dan tingkah laku yang sopan santun.
Budi bahasa yang baik dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat. Sejak kebelakangan ini, budi bahasa semakin kurang diamalkan kerana kurangnya didikan tentang amalan ini di peringkat keluarga. Jika amalan ini tidak dididik sejak kecil, rakyat Malaysia akan hilang budi bahasanya. Contohnya, remaja hari ini kurang mengamalkan pemberian salam kepada orang tua. Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah memainkan peranan mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa.
Selain itu, amalan berbudi bahasa kurang diamalkan kerana segelintir rakyat kita sudah tidak lagi mempunyai sifat baik. Sebaliknya, jiwa mereka dipenuhi sifat sombong, angkuh, meninggi diri dan angkuh. Orang yang mementingkan diri sendiri dapat dilihat di jalan-jalan raya. Para pemandu yang memandu laju dan tidak bertimbang rasa menunjukkan diri mereka tidak mempunyai budi bahasa yang sepatutnya.  Ada sesetengah remaja tanpa segan silu berasmara di khalayak ramai tanpa memperdulikan orang sekeliling. Akibatnya, bercambahlah bilangan bayi hasil daripada hubungan terlarang. Tanpa sifat malu dan adab sopan, gejala rasuah dan jenayah kolar putih juga mengakibatkan kerugian kepada negara.
Seharusnya kita mengamalkan sifat terpuji seperti lemah lembut, menghormati orang lain dan berhemah tinggi kerana ia dapat melahirkan rasa kasih mesra sesama manusia tidak kira bangsa, agama, usia, taraf atau warna kulit.
Sikap masyarakat Malaysia yang semakin kurang menitikberatkan amalan berbudi bahasa boleh dibantu oleh peranan media massa. Media cetak dan media elektronik harus berganding bahu menyiarkan berita atau kempen kesedaran akan perlunya budi bahasa dalam masyarakat. Melalui kerjasama semua pihak, amalan budi bahasa yang semakin terhakis dapat disuburkan kembali dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Pihak sekolah sebagai institusi sosial, tidak hanya berperanan sebagai pusat persediaan peperiksaan. Kempen budi bahasa di peringkat sekolah dapat membantu menyedarkan pelajar untuk menjadi remaja yang berbudi bahasa. Tuntasnya, peranan guru di sekolah juga amat penting dalam meningkatkan amalan budi bahasa.
Setiap warga masyarakat yang mempunyai budi bahasa, akan dipandang tinggi dan mulia. Orang lain juga akan lebih menghormati dan senang bergaul dengan mereka yang mengamalkan budi bahasa. Harta kekayaan, rupa paras dan darjat tidak menjamin seseorang itu dihormati dan disegani. 

     Oleh hal yang demikian, marilah kita bersama-sama memupuk amalan budi bahasa kerana ia 
 
dapat disemai dan dibajai, ia juga tidak dapat dijual beli. Pepatah ada menyatakan, ‘yang kurik 
 
itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.’ Asas kesedaran 
 
terhadap budi bahasa harus disemai sejak kecil bak kata pepatah, jika melentur buluh, biarlah 
 
dari rebungnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan