Salutasi

Isnin, 14 Februari 2011

Diari Sosiolinguistik

14 Febuari 2011

Situasi: Kisah di sebalik Hari Kekasih.


Apakah Valentine’s Day? ( Diterjemahkan Dalam Bahasa Indonesia)

 Dihantar pada 14 Februari 2011.

Terus terang saja, tidak jelas apakah perayaan Hari Valentine memang benar-benar mengacu pada bentuk penghormatan kepada Santo Valentine yang merupakan seorang imam dan pasti dilarang berkasih-kasihan dengan lawan jenisnya, atau bukan, sebab masih ada cerita-cerita versi lain yang menghubungkan Hari Valentine dengan kisah-kisah berbeda.
Salah satu kisah yang selama ini dianggap mengungkapkan asal usul peringatan atau perayaan Hari Valentine bercerita bahwa sekitar tahun 270 Sesudah Masehi, Kerajaan Romawi menjelang akhir kejayaannya. Daerah kekuasaan yang luas dan jumlah penduduk yang banyak tak diimbangi oleh pemerintahan berkualitas. Perdagangan morat-marit. Tarif pajak tinggi dan pejabat korup. Kesejahteraan rakyat terabaikan sehingga timbul kerawanan sosial. Daerah-daerah berinisiatif melepaskan diri. Sementara itu ancaman juga datang dari Asia, seperti dari bangsa Turki dan Mongol yang mulai memperlihatkan keperkasaannya.
Kaisar Claudius II yang berkuasa di Romawi menyimpulkan bahwa prajurit dan pejabat yang belum menikah dapat lebih diandalkan dan efektif menjalankan tugas. Oleh karena itu, kaisar mengeluarkan larangan menikah muda, teristimewa bagi mereka yang masih berdinas dalam ketentaraan atau mengemban tugas sipil sebagai pegawai kekaisaran. Seorang pemuka agama bernama Valentine sangat menentang kebijaksanaan kaisar dan tetap menikahkan pasangan muda yang jatuh cinta. Atas ketakpatuhannya ini Valentine lantas dihukum mati dan dipenjarakan sementara menunggu eksekusi.
Di dalam penjara Valentine berkelakuan baik sehingga memperoleh simpati kepala penjara. Konon Valentine bahkan berhasil menyembuhkan anak gadis kepala penjara yang buta karena ketekunannya berdoa. Membalas jasa Valentine, kepala penjara menyelundupkan surat-suratnya kepada generasi muda Roma. Waktu berlalu hari demi hari, kemudian tibalah saatnya Valentine dieksekusi. Hari itu tanggal 14 Februari. Valentine menulis surat terakhir untuk umatnya, lalu membubuhkan sebuah frasa sebagai penutup yang berbunyi: “Front your Valentine”.
Kartu Valentine era modern pertama dipercaya dikirim oleh Charles, Duke of Orleans, pada tahun 1415 dari balik terali besi menara Tower of London. Kartu tersebut kini menjadi koleksi British Museum. Teknologi percetakan yang dikenal sejak abad ke-19 dan semakin murahnya biaya pengiriman melalui pos akhirnya mendorong budaya berkirim kartu Valentine ini ke puncak kemasyhurannya.
Berabad-abad lalu Hari Valentine dirayakan warga Inggris dengan saling berkirim kartu. Kebiasaan ini ternyata dijalankan berlanjut hingga berabad-abad pula oleh warga Eropa dan Amerika Serikat. Akhir abad ke-20 lalu, sebelum SMS atau surat elektronik dikenal meluas, menurut Greeting Card Association, Amerika Serikat, setiap tahun tak kurang dari 1 miliar kartu Valentine dikirim orang, dan menjadikan Hari Valentine sebagai momen kedua yang paling banyak dirayakan orang dengan mengirim kartu ucapan setelah Natal.
sumber: 
http://requestartikel.com/wawancara-dengan-polisi-201011182.html
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Penyataan Media
Jawatankuasa Pemuda IKRAM 
 
14 Februari 2011 bersamaan 11 Rabiulawal 1432H

KATAKAN 'TIDAK' KEPADA HARI VALENTINE,
KATAKAN 'YA' KEPADA MAULIDUR RASUL

Saban tahun, 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih. Malahan seminggu sebelum tarikh tersebut, ia hangat diwara-warakan di media massa mahupun di laman sosial. Saban tahun juga, kita menyaksikan ramai belia dan remaja ternoda. Laporan Polis Diraja Malaysia yang dikongsikan di dada akhbar bertarikh 10 Februari 2011 (Sinar Harian, hlm N15) menunjukkan sebanyak 517 kes pembuangan bayi yang dilaporkan dari 2005 sehingga Januari lalu. Manakala dalam tempoh Januari sahaja, sebanyak 19 kes pembuangan bayi telah dilaporkan. Data ini amat membimbangkan. Pergaulan bebas tanpa kawalan antara puncanya. Pengurusan institusi Raudhatus Sakinah mendapati bahawa punca fenomena tersebut adalah hasil daripada kemaksiatan dan penzinaan yang berlaku bersempena dengan sambutan Hari Valentine dan juga sambutan Hari Kemerdekaan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 pada 24 November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan ‘Valentine’s Day’ bukan amalan Islam. Malah, ia menegaskan bahawa, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur agama Kristian dan amalannya bercampur-baur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan terlarang dalam Islam. Namun, sehingga kini, ia masih lagi menjadi budaya dalam masyarakat dan diamalkan oleh penganut-penganut beragama Islam – khususnya dalam kalangan belia dan remaja. Pada tahun lepas, misalnya, ada pihak telah mencetuskan kempen ‘No Panties’ pada Hari Valentine. Ini jelas menggambarkan betapa kroniknya budaya songsang telah menular dalam masyarakat kita.
Dengan itu Pemuda IKRAM menyeru agar pihak:

Belia dan Remaja:
1. Mengetahui latar belakang dan matlamat Hari Valentine, agar tidak terikut-ikut budaya liar yang langsung tiada kaitan dengan Islam; malah tersasar darinya.
2. Mengelakkan terbabit dalam sebarang bentuk aktiviti meraikan hari tersebut seperti ‘dating’ yang akhirnya membawa kepada keruntuhan akhlak seperti penzinaan, arak dan pembuangan bayi.

Kerajaan dan Institusi:
3. Memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah mengenai budaya songsang ini dan membuat penguatkuasaan agar ia tidak menjadi satu budaya yang diraikan sejak peringkat sekolah.
4. Memerangi habis-habisan virus sosial yang di bawa Hari Valentine di semua IPT.
5. Menggembleng tenaga, membuat penguatkuasaan dan mengambil tindakan untuk melumpuhkan sebarang aktiviti dan usaha-usaha untuk memeriahkan atau menyambut Hari Valentine ini.

Keluarga dan Ibu Bapa:
6. Mendapatkan maklumat yang betul mengenai Hari Valentine dan menyampaikannya kepada anak-anak.
7. Menghidupkan budaya kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga.
8. Memastikan anak-anak tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang merosakkan ini dan mewujudkan aktiviti-aktiviti alternatif agar anak-anak dapat dijauhkan dan tidak terlibat dengan sambutan Hari Valentine.
Media Massa:
9. Menyampaikan maklumat sebenar mengenai Hari Valentine agar masyarakat menjauhi sebarang aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sambutannya.
10. Menghentikan sebarang bentuk promosi yang menjurus kepada mempopularkan sambutan Hari Valentine.
Malah, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Pemuda IKRAM menyeru agar:
11. Masyarakat Islam menghayati semangat dan kefahaman sebenar perayaan bersempena Maulidur Rasul sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w.
12. Belia dan remaja mengalihkan sudut pandang mereka kepada mencontohi Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah (contoh teladan terbaik) dalam konteks menzahirkan kasih sayang.
13. Belia dan remaja melibat diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina akhlak dan intelektual mereka.

Hj Mohd Fadzil Saleh
Pengerusi
Jawatankuasa Pemuda
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

sumber:
http://ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=122:katakan-tidak-pada-hari-valentine-katakan-ya-kepada-maulidur-rasul-&catid=36:kenyataan-media&Itemid=66





KOMEN:
Saya amat bersetuju sekiranya budaya memperingati "Valentine's Day" diharamkan dan dilarang untuk diamalkan oleh semua umat Islam kerana Hari Valentine atau dikenali sebagai Hari Kekasih merupakan salah satu anasir Barat dan ia boleh memesongkan akidah umat Islam di Malaysia. Bagi saya, sekiranya negara kita yang majoriti masyarakatnya menganut agama Islam, apabila masyarakat hanya pandang sebelah mata dan membiarkan umat Islam mengamalkan dan membudayakan amalan ini, minda dan pemikiran anak-anak muda atau remaja kini yang  mudah menerima dan mudah dipengaruhi akan terpedaya dengan budaya sekular yang bukan berdasarkan panduan atau syariat Islam yang sebenarnya . Impaknya, terjadilah gejala sosial yang meruncingkan seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga berlakulah perkara yang dilaknat Allah iaitu, zina. Astaghfirullah!. Bagi golongan yang berintelek dan berilmu memang patut dan sewajarnya menolak budaya sekular ini daripada terus meresapi minda dan pemikiran khususnya kepada diri kita sebagai umat Islam, keluarga dan masyarakat sejagat secara amnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan