Salutasi

Selasa, 1 Mac 2011

Diari Sosiolinguistik

 Situasi: Kesilapan Tatabahasa Antara Adalah dengan Ialah.

Semasa kita berkomunikasi sama ada lisan mahu pun tulisan, kita sering kali melakukan kesilapan dalam penggunaan tatabahasa terutamanya penggunaan kata ialah dan adalah.
Misalnya, perlantikan di dalam sijil-sijil ada tertulis;

                                       
                                              



                                                 Penggunaan adalah yang salah.


Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah.

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh yang dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata ini ialah seperti berikut :

i ) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah                                            
Salah
Betul
Anak adalah anugerah Allah.    

Anak ialah anugerah Allah.
Beliau adalah orang yang pertama
berhijrah.

Beliau ialah orang yang pertama
berhijrah.

Matlamat NURY adalah
pembinaan masyarakat cemerlang.

Matlamat NURY ialah pembinaan
masyarakat cemerlang.



ii)  Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah.
Salah
Betul

Kursus ini ialah untuk kaum wanita.

Kursus ini adalah untuk kaum wanita.
Baju itu ialah baik.
Baju itu adalah baik.


iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.
Salah
Betul

Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda.
Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda.
Usaha yang dijalankan adalah
menerbitkan risalah.
Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah.


iv) Kesilapan penggunaan kataadalah pada awal ayat.
Salah
Betul
Adalah ini diisytiharkan bahawa...
Dengan ini dimaklumkan bahawa...
Adalah dimaklumkan bahawa...
Dengan ini dimaklumkan bahawa...

v)  Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja.
Salah
Betul
Keputusan ini diambil adalah berdasarkan...
Keputusan ini diambil berdasarkan...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan