Salutasi

Jumaat, 4 Mac 2011

Diari Sosiolinguistik


Situasi: Didiklah Anak Mengikut Zamannya.


Saya masih teringat lagi sewaktu bercuti sekolah di kampung, masih segar dalam ingatan akan kata-kata arwah atuk saya ketika dia memarahi saya sewaktu kecil dahulu. Pada masa itu saya bersama sepupu-sepupu yang lain sedang leka bermain di luar sambil membiarkan televisyen di dalam rumah dibiarkan terbuka. Atuk sunguh marah ketika itu dan berkata, " Eh, korang semua ni tak reti duduk diam ke?Sape yang nak tengok tv kat dalam ni hah!Aku dulu kecik cam korang ni dah tahu cari makan sendiri, buat kerja rumah sendiri tau tak!Balik rumah sekarang!", marah atuk dengan nada yang sangat lantang dan tinggi. Apalagi, kami semua  kecut perut mendengar atuk bersuara lalu berpusu-pusu masuk ke rumah dan cepat-cepat menutup televisyen, kemudian terus menolong nenek membuat kerja-kerja rumah. Walaupun, jika diingat-ingat memang lucu namun, disebabkan peristiwa itulah kami tidak lagi berani bermain di luar sebelum kerja-kerja di rumah disiapkan.


Saya ada membaca rencana tentang didikan anak di sebuah akhbar, Harian Metro.

Didik Anak Ikut Zaman
Oleh Mohd Nasif Badruddin dan Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

HULU TERENGGANU: Ibu bapa perlu mendidik anak mengikut peredaran zaman dan tidak terlalu mengikut cara mereka dididik kerana cabaran dan peluang dihadapi berbeza.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata walaupun diburu kesibukan dan berdepan pelbagai cabaran, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak dan menghantar mereka mengikuti program motivasi dan keagamaan seperti Kem Remaja Addin Harian Metro anjuran Harian Metro dan Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST).

“Anak penerus perjuangan ibu bapa dan kita sepatutnya menyediakan mereka dengan pelbagai ilmu yang tidak terhad kepada pembelajaran di sekolah semata-mata.
“Lebih bermakna dan menyeronokkan, Kem Remaja Addin Harian Metro yang dihadiri lebih 80 peratus anak Terengganu turut mendapat bimbingan secara langsung tokoh terkenal Terengganu, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, sekali gus membuktikan kehebatan negeri ini di mata orang luar.

“Tahniah kepada ibu bapa dan peserta program ini dan berharap mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu diperoleh,” katanya berucap merasmikan Majlis Penutup Kem Remaja Addin Harian Metro Siri 3 di Kampus KIST, Kuala Berang, di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat KIST; Ketua Pegawai Eksekutif KIST Kampus Kuala Berang, Taib A Rahim; Pengarah Kem Remaja Addin, Roslan Ibrahim yang juga Pengarang Rencana Harian Metro dan Ketua Biro Harian Metro Wilayah Timur, Sufian Thauri Muhammed.

 Komen:
Anak-anak sekarang semakin pandai melawan dan membantah kerana ibu bapa yang tidak mendidik mereka supaya bersopan dan menghormati ibu bapa sekiranya ibu bapa mereka menegur kesalahan mereka. kesannya, anak-anak akan menjadi kurang ajar dan derhaka terhadap ibu bapa mereka. perkara ini perlu diatasi dari peringkat didikan anak-anak sejak mereka masih kecil lagi, iaitu tidaklah terlalu memanjakan anak-anak hingga mereka meningkat dewasa. Ana-anak perlu diajar cara berdisplin dengan betul dan bersesuaian dengan kemampuan anak-anak. Hal ini kerana, didikan ibu bapa merupakan satu corak pendidikan tidak formal dan banyak mempengaruhi psikologi mereka. Ibu bapa haruslah mesra anak-anak disamping tegas dalam sesuatu hal agar anak-anak tetap menyayangi dan menghormati mereka sepanjang hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan