Salutasi

Isnin, 7 Mac 2011

Diari Sosiolinguistik

Situasi: Tsunami Jepun, Iktibar dan Pengajarannya.

Dalam meniti kehidupan yang serba maju, seharusnya manusia itu janganlah meninggi diri dan menentang kuasa Allah. Walau setinggi mana ilmu kita, secanggih mana dan semoden mana teknologi yang kita cipta, namun kita harus ingat semua itu hanyalah sementara. Ada yang lebih tinggi ilmu dan ciptaannya, iaitu ilmu Allah. Segala ilmu manusia hanyalah seperti buih-buih di lautan berbanding ilmu Allah S.W.T. Walau setinggi dan sebanyak  mana bangunan pencakar langit dibangunkan, secanggih mana nuklear yang kita ada, namun sekali bencana alam menimpa, semua itu sudah tiada gunanya lagi. Walau apa pun, saya amat bersimpati dengan rakyat Jepun kerana mengalami bencana ini. Semoga mereka tabah menghadapi dan cepat bangun daripada kedukaan. Semoga mereka menjalani hidup dengan lebih baik dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya terhadap letupan nuklear yang berlaku di tempat mereka itu. Saya juga berharap semoga rakyat Malaysia mengambil iktibar dan menginsafi kejadian ini, dan memohon pihak kerajaan Malaysia menimbangkan kembali projek pembangunan nuklear yang ingin dilakukan di sini. 



                                  Gambar-gambar sebelum dan selepas tsunami di Jepun. 

                                                   Arahama di Sendai, Jepun (sebelum)


                                                    Arahama di Sendai, Jepun (selepas).


                                                       Kamaishi sebelum dan selepas tsunami.


                                                       Ishomaki, Jepun (sebelum).


                                                 Ishomaki, Jepun (selepas).


                                                Iigohama, Miyagi (sebelum).


                                               Iigohama, Miyagi (selepas).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan