Salutasi

Rabu, 2 Mac 2011

Diari Sosiolinguistik

Situasi: Gelaran dalam Keluarga.
Dalam sesebuah keluarga, gelaran adik beradik diutamakan mengikut tata tingkat. namun, dalam keluarga saya tata tingkat hanya digunakan sampai peringkat ketiga sahaja walaupun kami mempunyai 5 orang adik beradik, iaitu along(anak pertama), angah (anak kedua), dan uda (anak ketiga) manakala 2 orang adik yang ke bawah kami menggunakan nama pendek atau nama manja di rumah sahaja. sebenarnya, gelaran yang mengikut tata tingkat yang biasa digunakan oleh masyarakat Melayu ialah:

  • Along untuk anak sulung.
  • Angah untuk anak nombor 2.
  • Uda untuk anak nombor 3.
  • Ateh untuk anak nombor 4.
  • Tam untuk anak nombor 5.
  • Andak untuk anak nombor 6.
  • Alang untuk anak nombor 7.
  • Anjang untuk anak nombor 8.
  • Chek untuk anak nombor 9, dan
  • Chu untuk anak nombor 10.
Ada di sesetengah tempat, Chu juga digelar Busu menandakan anak bongsu. Begitu juga dengan Along, ada juga yang menggelarkan Wa. Maka, dengan adanya gelaran tersebut anak-anak sedara atau cucu atau cicit akan memanggil dengan gelaran itu contohnya Pak Su, ayah Andak, aki long, Wan Chu dan sebagainya. Jelaslah, tertibnya masyarakat dahulu memberi gelaran kepada anak-anak mereka sehingga kita masih menggunakannya sehingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan