Salutasi

Khamis, 27 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik

http://berita-harian-online.com/bantu-kembali-ke-pangkal-jalan/
Situasi: Sudah mendapat Hidayah.

Bantu kembali ke pangkal jalan

Dihantar pada 9 Disember 2010 

KUALA LUMPUR: Ada sedikit perubahan pada Suzie berbanding hari pertama dia di rumah ini, dulu berpakaian seksi, tetapi kini memakai pakaian muslimah, kata pengasas Kem Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, 45, mengenai perubahan Suzie.
Beliau berkata, bukan mudah mengubah seseorang yang sudah 17 tahun bergelumang maksiat hingga kini mengandung anak luar nikah, namun pihaknya kini sedaya upaya memulih akidah dan rohani Suzie supaya menjadi wanita solehah.
Kami cuba membantunya kembali ke pangkal jalan walaupun tugas ini sukar memandangkan pekerjaan Suzie sebelum ini, katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, pihaknya memerlukan tempoh masa lama untuk memberi pemahaman mengenai Islam dan adat Melayu kepadanya.
Suzie datang daripada keluarga yang agak pincang, namun Alhamdulillah di sebalik kerjayanya sebagai seorang pelayan pelanggan (GRO), dia masih mampu mengucap kalimah syahadah dengan lancar dan tahu asas Islam, katanya.
Menurut Yahya, dalam tempoh tiga minggu Suzie ditempatkan di rumah ini (Kewaja), agak sukar juga pada mulanya untuk mendidik Suzie memandangkan dia wanita yang agak keras kepala dan sukar untuk diajar.
Namun, ini mungkin ujian Tuhan untuk kami suami isteri kerana sudah lali dengan masalah remaja yang kuat memberontak.
Mungkin Tuhan masih sayangkan Suzie maka dia dilorongkan ke rumah ini untuk berubah dan tidak mustahil anaknya yang bakal lahir menjadi insan berguna pada agama dan negara, katanya.
Sumber : Harian Metro

KOMEN: 
Saya rasa amat terharu dan berbangga kerana masih ada lagi segelintir masyarakat yang ambil peduli dengan masalah moral dalam masyarakat yang sememangnya semakin meruncing. Rasa amat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan hidayah kepada Suzie sehingga membuatkan dia berubah menjadi insan yang solehah. Hidayah Allah tidak dapat diperolehi dengan mudah dan hanya insan-insan tetentu sahaja yang Allah kurniakan atas kuasanya yang Maha Esa. Jadi, amat beruntunglah kepada sesiapa yang mendapat hidayah Allah kerana melalui hidayah hamba-Nya akan berubah menjadi yang lebih baik. Hal ini juga bermakna, Allah Yang Esa juga masih menyayangi dan masih mahu memberi peluang kepada hamba-Nya untuk melakukan perubahan dan seterusnya mengakui  Penciptanya sebagai Allah Maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan