Mengawal kemarahan dengan bahasa yang baik
Hal ini mungkin akan terjadi kepada sesiapa yang mendiami Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Namun, hanya sedikit tingkah-laku yang ingin dititipkan di sini. Situasi ini terjadi ketika saya mahu membeli makanan tengah hari di kafeteria KHAR pada jam 11.40 pagi.
Pada mulanya, kakiku rasa berat mahu melangkah menuruni tangga-tangga kecil di kolej kediamanku di KHAR, walaupun aku hanya tinggal di aras 4. Namun, disebabkan perutku yang berkeroncong kuat bak menyanyikan lagu zapin, ku turutkan juga bentak perutku yang perlu diisi meminta makanan. Aku dengan hanya berpakaian ala kadar mengenakan baju 't-shirt' putih dan seluar 'track' hitam serta bertudung selendang menuruni tangga dengan mengelek dompet di tangan menuju ke destinasi perutku.
Sesampainya di sana:
"Masya-Allah, ramainya makhluk ciptaan Allah,penghuni KHAR yang mahu membeli juadah tengah hari ketika ini! ", kata hatiku sendiri.
Ketika aku sampai, sudah ramai yang beratur mahu membuat pembayaran makanan yang telah dipilih oleh mereka di kaunter pembayaran.
Ketika aku sibuk memilih lauk untuk juadah tengah hariku, aku terdengar seorang pelajar yang sudah berada di hadapan kaunter pembayaran berkata seperti ini,
"Eh mak cik, kenapa lauk hari ini lauk ayam saja? Dah tak ada lauk lain?Kalau hari-hari makan lauk ayam saja boleh gemuk kami macam ini!", katanya kepada seorang perempuan yang agak tua di kaunter pembayaran. Suaranya agak kuat sehingga aku yang berada di belakang barisan boleh mendengar suaranya dengan jelas. Lagi pula, nada suaranya seperti marah bercampur sinis. Perempuan tua itu hanya menghadiahkan senyuman kepadanya. pelajar itu terus berlalu pergi setelah selesai membuat pembayaran di kaunter tersebut. Mungkin perempuan tua itu rasa malu atau sekadar bersabar tidak mahu mempedulikan kata-kata pelajar itu tadi. Baru aku teringat yang aku seperti mengenali pelajar tersebut, dia merupakan pelajar yang mengikuti program TESL(Teaching English As A Second Language). Aku meneruskan perjuanganku membeli makanan dan seterusnya membuat pembayaran di kaunter.
komen:
Pada pendapat saya, tidak sewajarnya pelajar tersebut mengeluarkan kata-kata sedemikian kerana sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama haruslah mempunyai nilai sopan santun atau pun budi bahasa yang tinggi walau dengan sesiapa sahaja kita berkomunikasi. Dalam konteks ini, walau pun dalam situasi mahu membeli makanan sahaja, kita seharusnya menunjukkan sikap yang baik. Sekiranya, kita mendapat pendidikan Inggeris dan hanya tahu berbahasa Inggeris, namun tidak seharusnya melupakan asal usul bangsa dan keturunan kita sendiri yang sudah semestinya terserap didikan berbudi bahasa kepada orang lain. hal ini kerana, melaui budi bahasa kita akan tahu menghormati orang lain sama ada yang muda atau yang lebih tua dengan usia kita.
Sekiranya kita dalam keadaan marah sekalipun, janganlah mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati pihak lain. Walau pun kita dalam keadaan marah, bicaralah dengan menggunakan bahasa kiasan yang betul agar perasaan kecil hati tidak berlaku. Kita boleh menggantikannya dengan bahasa kiasan yang lain seperti beribahasa, simpulan bahasa, atau pun dengan menggunakan sindiran kata-kata sopan lain. Sekiranya hendah membuat teguran, hendaklah teguran yang membina dan berhikmah yang boleh diterima oleh pihak lain. contohnya, kata-kata pelajar itu tadi boleh digantikan dengan kata-kata teguran yang bersopan ini:
" Assalamualaikum, maaf ya mak cik, saya ingin memberi satu cadangan untuk kafeteria ini. Saya rasa, mak cik boleh membuat pembaharuan lauk dengan mempelbagaikannya seperti lauk udang, sotong, daging lembu dan sebagainya. Saya rasa dengan cara ini penghuni-penghuni di sini tidaklah merasa jemu dengan lauk yang sama setiap hari kerana mereka pun mahukan kepelbagaian lauk daripada perkhidmatan kafeteria di sini".
Dalam Islam juga ada mengingatkan kita tentang tindakan yang sewajarnya ketika diri dalam kemarahan yang kalau tidak salah ianya seperti ini;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan