Salutasi

Selasa, 25 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik


Kafeteria Bangunan Bitara, Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Situasi: Cerita 'kedai kopi' tentang antara pemandu bas UPSI dan pemandu lori.



                  
Diariku,
Sikap peremuan memang tidak lari daripada bergosip. tidak terkecuali aku dan rakan-rakanku yang lain. Cerita 'kedai kopi' kami ini mengisahkan tentang dua orang pemandu, seorang pemandu bas dan seorang pemandu lori.  Cerita ini aku hanya dengar sahaja dari perbualan rakan-rakanku yang duduh semeja makan denganku semasa waktu senggang mahu ke kuliah yang seterusnya. Mereka sibuk menceritakan peristiwa yang mereka alami ketika dalam bas yang kami naiki mahu ke kampus tadi. Ceritanya begini, ketika bas UPSI yang kami naiki mahu membelok di suatu simpang di hadapan Pintu Timur, UPSI, ada sebuah lori  yang menghalang laluan bas yang kami naiki membuatkan pemandu bas terpaksa berhenti seketika, apalagi pemandu bas UPSI pun menekan-nekan hon bas beberapa kali sebagai memberi makna kepada empunya lori mengalihkan lori tersebut. tidak lama kemudian, datanglah seorang warga Melayu mengalihkan lorinya. Namun, ada satu perkara yang menjadi kejutan, pemandu bas tadi tiba-tiba membuat isyarat gila kepada pemandu lori tersebut dan ini membuatkan pemandu lori itu naik darah. Pemandu lori itu turut memaki-hamun pemandu bas tadi dan terus memandu pergi bersama lorinya. 
Siapakah yang bersalah dalam situasi ini?Pemandu bas atau pemandu lori itu?
Setelah kami siap makan, kami meneruskan destinasi mahu ke kuliah seterusnya pula.

KOMEN: 
Siapakah yang bersalah dalam hal ini?Bagi saya kedua-duanya pun salah. Pemandu bas tersebut tidak seharusnya membuat isyarat begitu kepada pemandu bas tersebut dan pemandu lori tidak sepatutnya menghalang laluan bas kerana ia memang tempat laluan bas dan dia tidak sepatutnya meletakkan kenderaannya di situ. Sebagai pemandu bas dia wajar menegur pemandu lori  itu secara berhemah dan sebagai pemandu lori itu juga seharusnya menyedari kesalahannya meletakkan kenderaan di laluan yang tidak sepatutnya. Harap kedua-duanya boleh menjadi pemandu yang berhemah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan