Salutasi

Jumaat, 28 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik

Situasi: Harus diketahui oleh semua pengguna siber.



Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

Dihantar pada 7 Febuari, 2011 

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.
Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.
Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.
Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak, katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.
Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.
Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong, katanya.
Sumber : Harian Metro






Komen:

Pada mulanya, sebelum membaca konten berita ini saya rasa sedikit ragu-ragu, namun setelah membaca kontenya baharulah saya memahami penjelasan tajuk berita ini. Sebagai pennguna siber terutamanya yang menngunakan talian sembang tidak akan terlepas daripada perkara ini iaitu, mereka semestinya memasuki talian tersebut untuk mengenali lebih ramai kawan terutamanya yang berlainan jantina. Hal ini tidak dinafikan berlaku kepada semua lapisan masyarakat dan di setiap peringkat usia sama ada remaja mahupun yang sudah lanjut usia, dan yang belum berkahwin mahu pun yang sudah berkahwin. 
Oleh itu, kita sebagai Muslim harus tahu batas-batas perkenalan dengan sesiapa juga kerana ia mungkin boleh membawa kesan positif atau negatif dalam diri kita. Sekiranya dalam diri tiada sifat berhati-hari maka akan terjadilah masalah atau isu keretakan rumahtangga. Hal ini tidak mustahil terjadi kerana kebanyakkannya yang kita baca di dada-dada akbhbar menyatakan ada kes tertipu akibat termakan rayuan kenalan dalam alam siber sehingga ada yang sanggup meyerahkan wang ringgit dan ada juga yang lebih parah lagi sanggup menyerahkan tubuh badan. Suami atau isteri yang curang akibat berkenalan dengan kenalan siber turut berlaku sehingga menyebabkan kes rumahtannga menjadi semakin parah dalam negara kita. Tamsilnya, terjadilah kes penceraian, penderaan mental dan fizikal, dan mungkin juga pembuangan anak.
Saya bersetuju dengan penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, yang mengatakan , "Mereka yang menggunakan kemudahan internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalahgunakan teknologi untuk tujuan terpesong."
Oleh yang demikian, sebagai pengguna siber Muslim, kita harus tahu dan mengamalkan batas-batas syariat sebagai Muslim sama ada di alam nyata mahu pun di alam maya iaitu, alam siber agar kita menjadi pengguna siber yang sentiasa beretika dan bermodal insan tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan