Salutasi

Rabu, 26 Januari 2011

Diari Sosiolinguistik




 
 Sumber: http://berita-harian-online.com/gempar-aksi-panas-2-beradik/
 Situasi: Keruntuhan moral semakin menjadi-jadi.


Duhai Diariku.


Gempar aksi panas 2 beradik  
Dihantar pada 16 Disember, 2010 
Berita, Sosial, Tempatan. 




MEMALUKAN...aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit. MEMALUKAN…aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit.  



BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.  Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.  Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.  Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.  Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.  Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini, katanya, semalam.  Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.  Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.  Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa, katanya.  Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi wabak yang sukar dikawal.  

Sumber : Harian Metro


KOMEN:

Inilah yang terjadi pada generasi bangsa kita sekarang. Kita harus menerima hakikat bahawa gejala sosial semakin meruncing dan sukar dibendung lagi. Sebagai bakal guru, adakah kita sudah bersiap-siaga untuk menjadi seorang pendidik? Sekiranya hal ini berlaku pada anak didik kita sendiri,apakah kita sudah bersedia menangani dan mengatasi masalah ini secara sendiri?
Dalam konteks ini, sebagai manusia biasa, kita memang tidak akan terlepas daripada pengaruh hawa nafsu. Namun, ada jalan atau cara lain yang boleh membendung  hawa nafsu itu daripada terus mengawal diri sendiri.
Antaranya, didikan agama dan pendidikan nilai murni diserapkan dan sentiasa dipahatkan daripada peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa sama ada secara formal atau tidak formal. Hal ini penting bagi membentuk peribadi yang murni sebagai asas pegangan dalam hidup. Selain itu, kawalan atau pantauan daripada penjaga atau ahli keluarga terhadap aktiviti anak-anak sama ada di rumah atau di luar rumah. Hal ini juga penting bagi penjaga atau ibu bapa mengetahui setiap gerak geri anak-anak mereka agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif seperti ini berulang lagi. Begitu juga, kurangkan pengaruh anak-anak terhadap permainan media massa seperti internet, 3G di telefon tangan, atau kurangkan pengaruh hiburan yang melampau melalui rancangan televisyen. Hal ini harus ditekankan oleh semua pihak sebagai pemangkin pembentuk peribadi anak-anak supaya tidak terlalu terikut-ikut akan budaya sekular yang sentiasa mempengaruhi golongan remaja mahupun kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan