Salutasi

Selasa, 20 Oktober 2009

Kenanganku dari Pasir Salak berhenti di Teluk Intan


salam...
banyak kenanganku bersama kawan-kawan satu kos di Matang, Larut. Mulanya, ku fikirkan lawatan ni cume biasa2 jek, tapi cam best lak bila dah sampai kat tempat tu...tambahan lagi, pensyarah kami yang ajar subjek minor, sejarah kesasteraan melayu, Dr Talib Samat cakap, lawatan ni da terkandung dalam exam final nanti... nak tak nak, rela dalam terpaksa ku pergi juga ke tempat tu..huhuhu....tapi, terima kasih kat Dr Talib, sekurang-kurang ada juga ilmu dan pengetahuan serta pengajaran yang boleh dibawa balik sebagai bekalan...tidaklah kami pulang dengan tangan kosong kan....hehehehhe.....

kami pergi melawat ke rumah pahlawan nasionalisme perak, Long Jaafar yang kini telah dijadikan muzium awam..banyak barang-barang antik dan bersejarah dalam umah tu...selain tu sempat jugak melawat ke kubur Long Jaafar dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwahnya...selain itu, kami juga telah melawat kompleks muzium di Pasir Salak...walaupun pada bulan Ramadhan, kami tetap meneruskan lawatan kami hinggalah ke destinasi terakhir iaitu di Teluk Intan..selepas lawat Menara Condong yang ada di sana, kami menjelajahi pula kawasan tapak jualan yang berhampiran..apalagi, perempuan kalau nampak orang berjual-jual ni, memang pantang..nak-nak kalau nampak benda yang murah-murah..memang cepat lesap..tak termasuklah diriku ni...huhuhu...sempat la juga beli kuih raya untuk mak di kampung...ceh, anak baik katakan...hehehe....

1 ulasan: